BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Selasa, 7 Julai 2009



AL-QUR’AN

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani,kesyahduan ku rasakan amat bererti,acap kali ku terdengar alunan suara insan -insan membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang digelar Hamlatul Qur’an, iaitu pendokong kitab suci. Hamlatul Qur’an, itukah aku? Terngiang- ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..
“…seharusnya bagi seorang Hamlatul Qur’an itu mengetahui … malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu’nya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia…” aku merenung sejenak, Hamlatul Qur’an… BEGITUKAH AKU??

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Qur’an yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan , mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dangan keperitan… baru ku sedar , Hamlatul Qur’an… kau luar biasa! Tatkala aku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian , kealpaan, keseronokan seperti orang- orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini…namun…Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu,di dalam dunia Hamlatul Qur’an yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti…ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani.Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Qur’an, alangkah beruntungnya dikau…!

Sahabat-sahabat Al-Qur’an, sudahkah Al-Qur’an menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi ? ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan Al-Qur’an itu teman sejati? Adakah impianmu satu ilusi dalam fantasi…yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Qur’an? Sahabatku…ingatlah,kita dipertemukan kerana Al-Qur’an,ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Qur’an,dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Qur’an. Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Qur’an yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi,agar kehadiranku di dunia dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yan Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut,dit telinga dan di hati. Lantas itu,ku pinta padaMu ya Ilahi, agar di saat-saat akhir hayat ku,alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku…… sangat rindu saat-saat mujahadah itu…..

2 ulasan:

Aidil Fadzil berkata...

salam ukhwah, moga-moga ilmu-ilmu seperti ini saya sentiasa temui di sini.

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...
Insyaallah...doakan semuga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayahNya untuk ana terus berkongsi ilmu dgn sahabat semua.