BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Selasa, 7 Julai 2009

Penyakit Hati

Tidak dapat dinafikan dalam hati setiap anak Adam itu ada penyakit hatinya yang tersendiri, salah satunya ialah penyakit takbur. Walau bagaimanapun, Islam ada cara untuk mengubatinya seperti yang pernah diberitahu kepada kita oleh Imam Al-Ghazali iaitu


Apabila bersua dengan KANAK-KANAK, anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana dia, belum mempunyai dosa berbanding diri kita.

Apabila bersua dengan ORANG TUA, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah

Apabila bersua dengan ORANG ALIM. anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila bersua dengan ORANG JAHIL, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.

Apabila bersua dengan ORANG KAFIR, katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam. Maka semua dosa yang di lakukan sebelum Islam akan di ampunkan pleh Allah S.W.T. Sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa. Banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan.

Ingatlah riya' dan takbur itu adalah perbuatan syirik kepada Allah, berusahalah kita untuk sama-sama menghindarinya, kerana jika takbur bersarang di dalam hati maka sia-sialah semua amal ibadat kita selama ini.Semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah semata-mata, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berdoa agar semua amalan kita di terima untuk di jadikan bekalan di akhirat kelak. "Ya Allah ya Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurnikanlah rahmat daripadaMu bagi kami, kerana sesungguhnya Engkau Yang Amat Mengurnia".(surah ke 3,Ali-Imran).

0 ulasan: