BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Selasa, 18 Ogos 2009

MENCARI NUR RAMADHAN

Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan al-mubarak iaitu bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan Allah, bulan yang dalamnya di buka segala pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. Allah telah berjanji akan melipat gandakan ganjaran segala amalan hamba-hambaNya.

Maaf di pohon, kerana lambat menulis e3 sempena Ramadhan yang mulia ini kerana kami sekeluarga baru balik dari T'ganu,hantar kakak masuk balik ke UDM selepas cuti selama seminggu. Dapat merasa suasana sambutan bulan Ramadhan di tempat orang.Kerajaan T'ganu membawa imam-imam dari Mekah untuk menjadi imam sembahyang tarawih di sana, kebetulan kami terjumpa mereka sewaktu daftar masuk dekat Ri-yaz hotel & resorts. Terasa sungguh syahdu mendengar bacaan ayat-ayat suci yang di baca oleh imam-iman tersebut terasa macam berada di Mekah.

Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keampunan dan barakah Allah s.w.t. Oleh itu marilah kita rebut peluang anugerah Allah ini dengan melakukan dan menghayati amalan-amalan yang telah diperintahkan dan di contohi oleh Nabi Muhammad s.a.w. termasuk:

* menunaikan kewajipan berpuasa mengikut hukum-hukum dan syarat-syaratnya.

*Menghindari diri dari bercakap-cakap yang keji dan yang tidak berfaedah dan dari melakukan perbuatan yang melalaikan, kerana Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:"Tidaklah puasa itu sekadar menahan diri dari makan dan minum sahaja akan tetapi berpuasa itu termasuklah menghindari diri dari melakukan perbuatan yang melalaikan dan dari bercakap keji".H.R Ibn Khuzaimah dari Abu Hurairah.

* Menghindari diri dari bertengkar dan jika seseorang mencaci dan memperbodoh-bodohkan kita, katakanlah kepadanya "Sesungguhnya saya berpuasa".

* Mengawalkan berbuka puasa dan mengakhirkan bersahur dalam jangkamasa yang ditentukan.

*Berdoa apabila berbuka puasa dengan mana-mana doa yang warid.

* Memperbanyakkan membaca Al-Quran serta memahami kandungannya.

* Memperbanyakkan bersedekah kerana Nabi saw telah bersabda yang maksudnya:"Sebaik-baik sedekah ialah bersedekah pada bulan Ramadhan".H.R Tirmidzi dari Anas.

* Memberi makan untuk orang berbuka puasa, sabda Nabi saw yang maksudnya:" Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurang sedikit pun". H.R Tirmidzi dari Zaid bin Khalid.

* Mendirikan Qiam Ramadhan yang lebih di kenali dengan" Solat Tarawikh" berjemaah atau bersendirian, dengan tenang dan tidak gopoh-gapah. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:" Barangsiapa yang melakukan qiam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah nescaya di ampunkan dosanya yang telah lalu".H.R Bukhari dan muslim.

* Menunaikan zakat fitrah sepertimana yang telah disyariatkan.

0 ulasan: