BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Jumaat, 25 September 2009

MERIAHNYA MENYAMBUT LEBARAN

Anak yang bongsu,rajinnya dia menolong ummi masak untuk hidangan hari raya.Adik nak masak apa tu?.

Ini pula sedang asah bakat untuk jadi tok bilal .

Ini BBQ yang di makan di malam kedua hari raya.Seronoknya hari raya, semua adik beradik akan berkumpul di rumah kami kerana kami tinggal di rumah pusaka tinggalan ayah dan ibu.

Wajah-wajah yang ceria menyambut kedatangan anak-anak saudara walau pun badan dah tak sesihat dahulu. Ini pak tam dan mak tam, adik arwah ibu mertua ana.

Anak yang tengah, seronoknya dia dapat duit raya banyak. Kalau dah dapat duit banyak tu simpanlah untuk masa depan jangan gunakan untuk pekara yang tak berfaedah.

Adik pun dapat duit raya juga, sampai penuh poket tu jangan tercicir sudah.
Amboi! bergaya kak cik dengan sepupunya yana.

Adik, makan kuih tu jangan main-main nanti kotor baju raya tu nanti

Rumah yang pertama kami kunjungi selepas solat sunat hari raya iaitu rumah wa atau mak long Bee, kak ipar arwah bapa mertua ana.Kami di hidangkan dengan laksa, sedap sampai makan bertambah-tambah.

Si kecil ni tak sudah-sudah dengan duit rayanya.

Pakar- pakar bunga api yang di datangkan khas dari JB dan KL sedang memprektik ilmu yang di pelajari.

Si kecil pun nak cuba juga ilmu yang di ajar oleh pakar-pakar tadi, jangan sampai terbakar jari sudah.

Sabtu, 19 September 2009

HARI KEMENANGAN DAN KEGEMBIRAAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat hari raya maaf zahir dan batin, semuga Allah menerima amalan kami dan juga amalan kamu.Ya Allah panjangkanlah umur kami dan berikanlah kami kesihatan yang baik semuga kami dapat terus beramal ibadat kepada-Mu.Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang agar kami dapat terus merasa nikmat yang di kurniakan oleh-Mu.

Dalam kerendahan hati terserlah ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa hidup ini indah jika segalanya kerana-Mu ya Allah.Kepada sahabat semua ribuan maaf di pohon atas lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati yang berperangsangka dan tulisan yang menyakitkan.

Raikanlah hari yang mulia ini mengikut cara-cara yang telah di teladani oleh Rasulullah saw.Di antaranya:
  • Memperbanyakkan bertakbir mulai pengisytiharaan hari raya hingga bermula solat aidilfitri.Bukan sahaja di masjid tetapi di mana sahaja sambil bekerja atau berihat, sambil berdiri, duduk atau baring.
  • Apabila bertemu sesama mukmin ucapkanlah:takkabballah minna wa minkum yang maksudnya" semuga Allah menerima amal kami dan amalmu"
  • Di pagi hari raya memakai pakaian yang terbaik untuk solat dan bagi lelaki memakai wangi-wangian.
  • Makan dahulu sebelum keluar untuk solat aidilfitri.
  • Pergi ke tempat solat aidilfitri dan balik melalui jalan yang berlainan.
  • Kaum perempuan, walau dalam haid, digalakkan pergi ke tempat solat aidilfitri untuk menyaksikan solat dan mendengar khutabah.
  • Menghubungkan tali silaturrahim dengan ahli-ahli keluarga, saudara- mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
Sambutlah salam aidilfitri dari kak watie dan keluarga semuga kita sentiasa di redhai oleh Allah swt.

Jumaat, 11 September 2009

MARILAH KITA RENUNGKAN BERSAMA

Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 70 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI) Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?

2. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.


3. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?


4. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan “PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!.”..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?


2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........ Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN) Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita. Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut. PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!! Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.


2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?

3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.

4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala

5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?
Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita. Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan? Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah

2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan

3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.

4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya...... Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya.

Insya-Allah
Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin Sekian terima kasih
credit kepada : Hapizal Ramli
sumber dari blog kak ani

Khamis, 10 September 2009

MATLAMAT PUASA


Tujuan semua ibadat yang diperintahkan oleh Allah swt adalah untuk membentuk akhlak yang mulia bagi pelakunya. Seperti solat. ia bertujuan agar kita dapat menjauhi pekara yang keji dan mungkar. Zakat, agar kita perihatin dan turut merasa simpati kepada orang yang kurang bernasib baik. Haji dan Umrah, agar dapat membentuk sifat perpaduan, kesamaan, tolerasi, berpandangan terbuka dan lain-lain lagi.

Dalam hal ini tidak terkecuali ibadat puasa. Di antara tujuan utama puasa ialah agar ibadat tersebut dapat membentuk pelakunya menjadi manusia yang bertakwa kepada Allah. Hakikat ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah ayar 183)

Takwa menurut bahasa adalah 'memelihara diri' . Sedangkan menurut istilah agama pula takwa ialah 'Melaksanakan apa sahaja yang di suruh oleh Allah dan menjauhi apa sahaja yang di larang-Nya.

Tetapi sayangnya, mengapa puasa kita tidak memberi kesan takwa? Mengapa kita belum bertakwa padahal kita sudah berpuasa sudah sekian lama?

Mungkin puasa yang kita lakukan selama ini belum memenuhi syarat-syarat puasa sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Mungkin puasa kita selama ini belum sempurna. Hanya yang sempurna sahaja yang dapat memberi kesan takwa.

Sebahagian manusia berpuasa Ramadhan hanya sebagai ADAT bukan IBADAT. Dia berpuasa hanya ikut-ikutan orang ramai yang telah diwarisi sejak zaman silam. Mereka berpuasa kerana orang ramai berpuasa dan barangkali kalau orang ramai tidak berpuasa mungkin mereka juga tidak berpuasa. Padahal Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:
Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana dorongan imannya dan semata- mata mengharap ganjaran daripada Allah, nescaya diampuni segala dosanya masa silam (HR Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas sebenarnya yang menjadi pendorong utama kita berpuasa ialah IMAN kita bahawa Allah telah mewajibkan kita berpuasa dan kita berpuasa semata-mata kerana IHTISAB iaitu mengharap ganjaran pahala-Nya. Jika pendorong kita berpuasa hanya ADAT, bukan kerana dua faktor di atas iaitu IMAN dan IHTISAB, maka kita sebenarnya tidak layak mendapat ganjaran sebagaimana yang telah dijanjikan dalam hadis di atas.

Begitu juga dengan ibadat yang lain mesti di sempurnakan mengikut turutannya seperti yang telah di tetapkan oleh Allah swt.Sebagaimana yang terdapat di dalam rukun Islam iaitu:
  1. Menucap dua kalimah syahadah.
  2. Mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
  4. Membayar zakat( apabila sudah sampai nisab dan haulnya).
  5. Menunaikan Haji ke Baitullah bagi orang yang berkuasa.
Di bulan Ramadhan ini kita dapat lihat masjid-masjid penuh dengan orang ramai yang datang menunaikan sembahyang fardu dan sunat tarawih dimalamnya, tetapi apabila Ramadhan telah berakhir yang tinggal hanyalah iman, bilal, khatib dan beberapa jemaah yang istiqamah sahaja. Kemanakah orang -orang yang lain? Adakah urusan duniawi telah mula menguasaikita semula?.

Adakah kita sedar atau pun tidak,bahawa ada sesetengah daripada kita menyuruh anak-anak kita berpuasa sedangkan kita tidak menyuruh mereka menunaikan solat, jadi ini amat bertentangan dengan aturan yang di tetapkan oleh Allah swt. cuba kita bayangkan kejadian diri kita sendiri, jika kepala di letakkan di tengah atau di bawah bukankah ia nampak ganjil dan tidak teratur hidup ini? Begitulah hukum Allah yang telah Allah tetapkan ia bertujuan untuk kita benar-benar menjadi insan yang beriman dan bertakwa.

Semuga puasa dan ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah swt dan mendapat ganjaran setimpal di akhirat nanti serta berkesan membentuk peribadi kita sebagai seorang muslim dan muslimah yang berkualiti di dunia dan akhirat.

Isnin, 7 September 2009

KEMANISAN YANG DI CARI

Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya,marilah kita bermuhasabahkan diri , sudahkah kita mengecapi nikmatnya kemanisan di dalam beramal ibadat atau masih belum di temuinya?.

Wahai sahabat-sahabat sekelian marilah kita rebut peluang yang hanya datang sekali dalam setahun ini kerana sesungguhnya banyak keistimewaan yang Allah swt kurniakan di dalam bulan Ramadhan ini, antaranya:
Ramadhan penghulu segala bulan, padanya semua pintu syurga dibuka, semua pintu neraka ditutup, semua syaitan diikat dan dibelenggu, amal soleh dilipat gandakan ganjarannya, bulan yang penuh berkat, rahmat, dan maghfirah, pembebasan dari api neraka, bulan Al-Quran, Lailatul Qadr dan lain-lain.
Ingatlah, peluang keemasan ini belum tentu dapat kita temui pada tahun yang akan datang kerana hidup dan mati kita hanya Allah swt yang mengetahuinya.

Masih belum terlambat untuk kita memperbanyakkan amal ibadat kerana masih ada sepuluh terakhir didalam bulan Ramadhan kali ini. Sepuluh akhir bulan Ramadhan merupakan hari yang paling istimewa dalam setahun kerana pada masa itulah diharapkan " Lailatul Al Qadr " akan muncul. Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt sangat besar kalau seseorang menemui malam tersebut iaitu lebih baik dari beribadat 1000 bulan.

Semuga Ramadhan kali ini lebih banyak amal ibadat yang dapat kita sempurnakan seiring dengan peningkatan usia.