BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Jumaat, 27 November 2009

CINTA YANG HAKIKI


Apabila jiwa kosong
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.

Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.

Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.

Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian dalam rimbunan pepohon keimanan

3 ulasan:

Abd Razak berkata...

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya

Aidil Fadzil berkata...

pepohon keimanan bertunjangkan akal
mencengkam dan membenam
tanah-tanah firdausi
melihat sendiri
dengan mata hati
ilmu yang ditetapi
membekal diri
utuh dan padu
mengalir menjadi abadi
menuju ILAHI.

Salam aidil adha

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...

terima kasih untuk Razak dan Aidil kerana sudi singgah dan memberi ulasan yang menarik.

Semuga amal kita di terima oleh Allah swt.