BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Rabu, 30 Disember 2009

Bukan Senang Menjaga Niat Baik

GlitterFly.com - Customize and Share your images



Setiap awal tahun ramai yang akan memasang bermacam-macam niat. Tidak kira berapa jumlah niat sekalipun, usaha menjaga niat sebenarnya lebih susah semasa dan selepas melaksanakannya. Biar niat sikit tapi buatlah dalam keadaan yang cukup konsisten. Cabaran yang paling susah apabila kita diuji dengan kesenangan atau kesusahan. Diuji dengan kesenangan, takut kita jadi riak dan bangga. Diuji dengan kesusahan, takut pula kita banyak keluh kesah. Tapi memang itulah hakikat kehidupan ini.

Macam mana nak kawal diri agar lurus niat kita? Allah berpesan, kunci menjaga hati agar selamat ialah dengan banyak mengingati mati yang datang secara tiba-tiba. Firman Allah swt yang bermaksud:
" Dialah yang menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa( dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun ( bagi orang yang bertaubat). (Al- Mulk:2)

Kenapa dalam ayat ini disebut mati dahulu? Allah hendak memberitahu kita bahawa matlamat kita hidup di dunia ini adalah untuk menuju hari kematian.

Allah beri peringatan ini kerana kita sebagai manusia selalunya mudah terlupa apabila kemewahan sudah berada di tangan. Jadi jika kita sentiasa mengingati mati maka kerja di dunia akan di buat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

Dalam ayat ini juga Allah menyuruh kita supaya membuat sesuatu dengan cara yang terbaik, Walaupun kerja yang di buat itu nampak kecil di mata masyarakat contohnya sebagai tukang sapu, tapi tugasan membersih itu besar kesannya kerana ia memberi kesan baik pada kesihatan dan ketenangan pada jiwa.

Sebagai isteri, walau kerja di rumah tak pernah habis, tapi apabila niat nak buat bersungguh-sungguh dan ikhlas maka ia akan dapat memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada seisi rumah. Itu juga akan di kira sebagai ibadah. Kesan dari ketenangan itu, mudah-mudahan akan mendorong suami dan anak-anak menjadi hamba Allah yang baik.

Dalam minda para sahabat telah di tanam apabila buat sesuatu mesti yang terbaik. Dalam melakukan solat,Nabi tekankan hubungan terus dengan Allah. Dalam memenuhi tuntutan berjemaah pula, Nabi saw beri penekanan hubungan dengan sesama manusia.Dengan melakukan solat berjemaah maka kita akan kenal siapa rakan di kiri dan kanan. Dapat kenal siapa orang baru yang bertandang di masjid. Apabila Nabi nampak muka baru mendatangi masjid, lalu Nabi akan tanyakan siapakah yang hendak melayan tetamu itu bagi pihak Baginda. Masing-masing berebut untuk menjadi wakil kepada Baginda untuk meraikan tetamu walaupun mereka tahu rumah mereka tak punya makanan yang mewah.Mereka akan raikan tetamu tadi dengan cara yang terbaik sehingga ramai yang tertarik dengan akhlak para sahabat.

Hari ini, suasana seperti itu amat jarang dapat kita temui. Dalam hidup kita yang sangat singkat ini, rebutlah peluang untuk berbuat baik sebanyak dan sebaik mungkin. Jaga niat agar amalan dinilai oleh Allah. Biar niat yang di pasang pada awal tahun ini cuma satu, iaitu buatlah kerja tapi dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beramal ibadatlah dengan sebanyak-banyaknya seolah-olah kita akan mati esoknya. Mudah-mudahan hidup kita akan lebih bermakna lagi di tahun yang baru ini berbanding tahun yang telah lepas.

Selamat menyambut tahun baru 2010.


3 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam...:)

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan dan ketaatan kepada Allah SWT agar perjalanan seterusnya ke alam barzakh dan akhirat tanpa apa-apa halangan.

Maka dengan tibanya tahun baru mengingatkan masa semakin singkat utk menambahkan amalan sebagai persediaan.

Nuha Hashim berkata...

Askm mak ndak..insyaAllah,niat yang baik beserta usaha yang berterusan dan tawakkal kepadaNya, Allah akan bantu.. Doakan Hasna' ya mak ndak..rindu mak ndak sekeluarga..especially Fathul..hehehe

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...

terima kasih Razak kerana selalu sudi meninggalkan ulasan yang begitu membina untuk renungan bersama.

Mukms Hasna'
Apa cerita di sana,Izza kat ganu macam-2 cerita maklumlah suasananya tak supa dulu, apa yang penting iman perlu kuat dan mantob.InsyaAllah akan berjaya m'nempuh segala cobaan dan godaan yang m'datang.