BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Ahad, 6 Disember 2009

MENGEMBARA DI BUMI ALLAH


Majlis akad nikah anak saudara sepupu sebelah suami yang di adakan di felda Kulai, Johor pada hari raya korban yang ketiga.Kami bertolak dari perlis pada hari raya kedua seawal jam lima pagi dan sampai di rumah kakak , di Kajang pada pukul 11, rehat sebentar sementara menunggu kereta yang lain sampai.Kami sampai di Johor lebih kurang pada pukul 9 mlm.

Majlis mengalungkan rantai leher setelah selesai akad nikah.Semuga Allah memberkatimu dan memberkati atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikkan.
Majlis selesai pada sebelah petang dan rombongan yang datang dari perlis pun pulang dengan haluan masing-masing ada yang singgah kat Nilai, Kuala Lumpur dan kami sekeluarga pergi rumah adik suami yang tinggal di taman saujana. bermalam di rumah adik selama dua malam,selepas itu kami bertolak ke Melaka pula.


Bawa anak-anak melawat zoo Melaka semoga mereka dapat melihat hidupan liar yang ada di Malaysia dengan lebih dekat dan merenungi betapa cantik dan sempurnanya ciptaan Allah swt dengan keistimewaan masing-masing.

Pergi melawat kat taman mini malaysia, ini bukan keinginan anak-anak ,tapi umminya yang beria-ia sebab suka melihat rumah-rumah antik yang ada di sana terasa diri berada di zaman datuk dan nenek dulu-dulu, kalau ada rezeki ingin juga nak bina sebuah rumah seperti yang terdapat di taman mini itu.

Kak chik dan adik sedang menunggang kuda yang ada di zoo Melaka.

Adik sedang mengayuh beca membawa kak chik bersiar-siar kat taman mini Malaysia, berhati-hati nanti terjatuh pula.
Di Melaka kami sempat pergi melawat bandarnya yang bersejarah dan menaiki eye on Malaysia, Melaka river cruise dan menara Taming sari untuk memberi peluang anak-anak berfikir bahawa mereka amat bertuah dapat hidup di negara yang aman damai berbanding dengan kanak-kanak di negara lain. Pada ke esokkannya kami bertolak pulang dan singgah di Cameron Highland pula.


Sampai di Cameron Highland lebih kurang jam 9 mlm. Hujan turun di sepanjang perjalanan kami menuju kesana, suhunya mencecah 16'c.
Pada sebelah paginya hujan masih turun tetapi hanya gerimis sahaja jadi dapatlah kami berjalan-jalan melihat keindahan Cameron sambil menikmati makanan yang berasaskan strawberry seperti salad, pai dan ais krim. Ana memang suka pergi Cameron kerana dapat melihat bermacam-macam jenis sayur-sayuran,buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sana. Bermacam-macam jenis buah dan anak benih ana beli dan cuba tanam kat rumah ada yang hidup dan ada yang mati.Pokok Avorkador dan blue berry hidup tapi masih tak mengeluarkan buah,pokok rosemarry dan stivia mati ,mungkin cuacanya tak sesuai.

Adik Fathul Bari sedang menikmati makanan dengan kak chik dan kak izza.Masyaallah air paip di sana sejuknya macam air yang di letak di dalam peti sejuk kalau tak ada pemanas air tentu tak kuasa nak mandi. Walaupun hujan turun tak henti-henti dan cuacanya mencecah 15'c tetapi masih ramai pelancong yang datang termasuklah kami sekeluarga.

4 ulasan:

Aidil Fadzil berkata...

Salam, elok benar tu sambil-sambil makan angin. CUTI-cuti Malaysia

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

seronoknya dpt pergi ke cameron. akak sendiri tak sampai lg ke sana. salam ziarah

Abd Razak berkata...

Salam...saya pun baru balik dari bercuti, mesti seronok bercuti kan!

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...

Terima kasih Aidil sudi singgah di sini.

Untuk kak Hajah salam perkenalan dan terima kasih.

Memang seronok Razak kalau pergi bercuti ni, dapat melihat negeri orang dan melapangkan fikiran.