Gulai di atas dapur membuak-buak mengelegak. Harum baunya pasti membuka selera bagi sesiapa yang terciumnya.Aku perhatikan saja si tukang masak restoren itu mengadunkan rencah-rencah untuk masakan yang berikutnya.Gulai apalah pula yang akan di masaknya,aku pun tak pasti.Sambil itu tangannya sempat mencapai sebatang senduk lalu diceduknya sedikit gulai tersebut dan di hirupnya.
"Auu!" ia terjaritnya kecil. Lidahnya mungkin melecur. "Itulah akibatnya kalau tak ikut sunnah Rasulullah," bisik hatiku.
Di dalam Islam memang ada tatatertib dan peradaban mengenai makan dan minum. Kalau kita suka makan makanan yang masih panas-panas akibatnya lidah kita akan menjadi keras.Bila lidah telah keras menyebabkan kita begitu sukar menyebut ayat-ayat Allah. Kesannya kita tidak mudah untuk menghayati kalimah suci itu yang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap sebutan mahrajnya.
Oleh itu elakkan dari suka menghirup atau makan makanan yang masih berkepul-kepul lagi asapnya. Gigi pula akan mudah menjadi lebam dan cepat reput bila kita kerap mengamalkan tabiat demikian. Bagi wanita hamil, hendaklah juga di jauhi tabiat sedemikian kerana ia boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan. Apabila bayi lahir ke dunia kemungkinan dia akan mudah di jangkiti penyakit ketumbuhan berair( seperti cacar). Namun demikian penyakit tersebut tidaklah membahayakan, cuma mungkin bayi rasa kurang selesa semasa di bedung.
Selain dari itu Rasulullah juga ada mengajar kita iaitu setiap kali mengunyah makanan, kunyahlah sekurang-kurangaya empat puluh kali. Ini bertujuan supaya makanan yang di makan itu benar-benar hadam sebelum ia masuk ke perut. Amalan ini banyak khasiatnya di mana ia berjaya menghindarkan berbagai penyakit, contohnya sembelit, buasir, sakit perut dan batu karang.
Minum juga ada adabnya yang tersendiri. Menurut hukum fekah, di sunatkan meneguk minuman sebanyak tiga kali. Bagaimana caranya? Iaitu dengan cara menghirup dan bukannya meneguk sekaligus tanpa berhenti-henti, di bimbangi mendatangkan penyakit uluhati.Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Apabila kamu minum air maka minumlah dengan cara menghirup dan janganlah kamu minum dengan tidak menghirupnya. Sesungguhnya minum yang tidak menghirup itu mewarisi penyakit hati."
Sewaktu minum kita di larang menghembuskan nafas atau meniup air yang masih panas.Sikap ini menampilkan kegelojohan dan tidak sabarnya kita berhadapan dengan rezeki Allah itu.Seorang sahabat Nabi bernama Abu Qatadah pernah mengatakan bahawa Rasulullah melarang kita berbuat demikian kerana di khuatiri mendatangkan kuman di atas air itu(terutama gas karbon dioksid) yang di hembus dari badan. Bila kita sering mengamalkan sikap yang tidak baik itu, tidak hairanlah ramai manusia di akhir zaman ini di hinggapi penyakit yang pelik-pelik.
Kepada kaum ibu yang selalu berdamping dengan dapur dan anak-anak, awasilah diri ketika berada didalam dua keadaan ini. Ketika hendak merasai gulai, memberi makan dan minum kepada anak-anak, janganlah di suapkan di dalam keadaan yang masih panas. Makan dan minum biar bertertib iaitu dalam keadaan duduk, walaupun hanya untuk makan makanan ringan, ataupun hanya untuk meminum seteguk air.
Sekiranya kita hendak merasai makanan yang sedang dimasak biarkanlah ia menjadi sejuk sebentar, agar ia tidak menunjuk sikap kita yang gelogoh dan tidak hairanlah kalau anak-anak nanti juga bersikap demikian juga.Jika si ibu mencontohi akhlak Rasulullah maka si anak juga akan mudah menuruti perintahnya.Secara tidak langsung akan lahirlah sebuah rumahtangga yang berkat dan di redha oleh Allah.Saya menyeru untuk diri saya dan kaum muslimah semua semuga kita semua berusahalah kearah jalan kebaikkan untuk membentuk keluarga bahagia didunia dan akhirat. InsaAllah.
Jumaat, 12 Jun 2009
Makanan Yang Panas Mengeraskan Lidah
Siapa Diri Kita Yang Sebenarnya
SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?Merekalah orang yang mengambil berat akan solat seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti Nabi Sulaiman a.s.
SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Merekalah orang yang di timpa musibah lalu ia berkata "inna lillahi wainna ilahi rajiuun", lalu sambil berkata "Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
Merekalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang hanya sementara ini.
SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
Merekalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa pula mengumpul-gumpulkan harta.
SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
Merekalah yang sudah sampai usia pertengahan, namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Merekalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Merekalah orang yang apabila mati membawa bersamanya amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING SEMPIT LAGI DI HIMPIT?
Merekalah orang yang apabila mati tidak membawa bersamanya amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitkannya.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Merekalah orang-orang yang kelak menghuni syurga kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
SIAPAKAH YANG KEDEKUT?
Merekalah orang yang mendiamkan ilmu-ilmu yang di perolehinya, tetapi dia tidak menyampaikan pula ilmu-ilmunya itu kepada orang lain.
Kami memohon keampunanMu, hai Tuhan kami! Kerana kepadaMulah tempat kembali.Hai Tuhan kami! Janganlah Engkau seksa kami jika kami lupa atau kami keliru. Hai Tuhan kami! Dan janganlah Engkau pikulkan atas kami sebagaimana Engkau pikulkan atas orang-orang yang dahulu daripada kami. Hai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan atas kami (perintah-perintah) yang tidak kuat kami mengerjakannya, dan hapuskan (dosa-dosa) daripada kami, dan lindungilah kami daripada(dosa-dosa), dan kasihanilah kami. Engkau penolong kami, oleh itu, tolonglah kami atas (mengalahkan) kaum yang kafir.(surah Al-Baqarah ayat 285 hingga 286)
Ahad, 7 Jun 2009
RUMAHTANGGA ACUAN ISLAM
ISTERI SOLEHAHHAK-HAK SUAMI DARI ISTERINYA
Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan keseimbangan dirinya,rumahtangga serta anak-anak.
Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya.
Isteri yang sedia menjadikan suaminya sebagai ketua di dalam rumahtangga mereka.Ini kerana sifat semula jadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.
SUAMI SOLEHHAK-HAK ISTERI DARI SUAMINYA
Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasul-Nya dan dapat membimbing isterinya.
Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir dan batin.
Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t.
Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya
Jumaat, 5 Jun 2009
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.
WAHAI MANUSIA,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu DENGARLAH dengan teliti kaya-kataku ini dan SAMPAIKAN ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.WAHAI MANUSIA, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai AMANAH SUCI.Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia PASTI membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah MENGHARAMKAN RIBA,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.BERWASPADALAH terhadap SYAITAN demi keselamatan AGAMA kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
WAHAI MANUSIA, sebagaimana kamu mempunyai HAK atas isteri kamu mereka juga mempunyai HAK di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam SUSANA KASIH SAYANG. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah TEMAN dan PEMBANTU kamu yang SETIA. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan DILARANG MELAKUKAN ZINA.
WAHAI MANUSIA, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah SEMBAHYANG lima kali sehari, BERPUASALAH di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah ZAKAT dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah IBADAT HAJI sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa SETIAP MUSLIM ADALAH SAUDARA kepada muslim yang lain.Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam TAQWA dan AMALAN SALEH.
INGATLAH, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk DIPERTANGGUNGJAWABKANdiatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu, AWASLAH agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari LANDASAN KEBENARAN selepas ketiadaanku.
WAHAI MANUSIA, tidak ada lagi NABI atau RASUL yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain AGAMA BARU. Oleh itu wahai manusia NILAILAH dengan BETUL dan FAHAMILAH kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu BERPEGANG TEGUH dan MENGIKUTI kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan SESAT SELAMA-LAMANYA.Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.
HENDAKLAH orang-orang yang mendengar ucapanku, MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir LEBIH MEMAHAMI kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan RISALAHMU kepada hamba-hambaMU.
Selasa, 2 Jun 2009
Wangian Syurga

Syurga itu selain indah, cantik,menawan,ia juga memiliki bau yang amat wangi.Hidung selain diciptakan Allah untuk menyedut nafas(oksigen) ia juga alat untuk menghidu dan mencium sesuatu bauan bersyukurlah pada Allah kalau hidung kita masih berfungsi dengan sebaiknya. Ada orang yang hidungnya boleh menghidu di atas dunia dan boleh menghidu juga keharuman syurgawi. Ada orang yang boleh menghidu haruman duniawi tetapi terhalang menghidu haruman syurgawi. Ada orang yang langsung terhalang menghidu segala haruman duniawi dan syurgawi.
Sungguh malang, sekiranya dua lubang hidung kita kala itu terhalang dari menghidu keharuman syurga yang hakiki lagi sejati itu, walhal Imam Bukhari meriwayatkan bahawa baunya dapat di cium dari jarak 400 tahun. Abu Daud, At-Tamizi dan Ibnu Majah meriwayatkan baunya dapat di cium dari jarak 70 tahun.
Begitu hebatnya syurga ciptaan Allah S.W.T. ini. Tidak keterlaluan untuk di katakan bahawa amatlah rugi bagi orang2 yang tidak berlomba-lomba untuk mendapatkannya.
Ada golongan yang terhalang dari menghidu haruman syurgawi. Berdasarkan riwayat imam-imam dan hadis bahawa orang-orang yang tidak dapat mencium haruman syurga itu adalah seperti berikut:
- Pembunuh orang kafir mu'ahadah iaitu orang kafir yang mengikat perjanjian keamanan dengan Islam.
- Orang yang mengabai dan mensia-siakan tanggungjawab yang dipikulkan Allah atas diri mereka seperti tanggungjawab ibu ayah terhadap anak- anak, tanggungjawab suami terhadap isteri, tanggungjawab imam terhadap para makmum, tanggungjawab ulama terhadap umat dan tanggungjawab pemimpin(raja dan sultan) terhadap rakyat jelata.Hari ini kita masih menyaksikan ramai anak-anak khasnya remaja terbiar tanpa didikan ibu bapa. Ada ibu-ibu yang bertudung tetapi masih membiarkan anak-anak gadis mereka yang sudah baligh mendedahkan aurat tanpa segan silu. Ada para bapa yang gigih ke surau dan masjid, tetapi langsung tidak menghiraukan anak-anak mereka yang meninggalkan solat. Demikian juga para suami yang mengabaikan rohaniah isteri-isteri mereka.Ilmu agama isteri entah ke mana,Solat tidak tahu, bersuci tidak tahu, baca Al-Quran tidak tahu dan segala-galanya tidak tahu. Tidak ketinggalan para pemimpin dan pemegang amanah rakyat, mereka tidur lena di atas tilam-tilam empuk walhal masih ramai rakyat jelata yang tidur dalam titisan embun dan hujan kerana bumbung rumah yang bocor, ibu-ibu miskin yang meniup dapur kayu hingga terbatuk-batuk menelan abu dan asap bagi menyediakan juadah anak-anak yang masih kecil.Ibarat kata ,kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Demikian juga para ulama dan pendakwah yang tidak bersungguh-sungguh mendidik umat tentang kebenaran ,tentang agama islam yang suci, tentang Al-Quran dan sunnah rasul yang sebenarnya yang patut di ikuti dan di amalkan oleh semua umat islam.
- Orang yang berilmu tetapi ilmunya digunakan semata-mata untuk mencari keuntungan dan kepentinggan duniawi.
- Orang yang sering berangan-angan untuk beramal(bertaubat dan beramal soleh), namun tidak pernah dikerjakannya.Ungkapan "Nanti-nantilah kita beramal",sering digunakan mereka."Umur lima puluhan nanti kita mulalah buat bekalan", "Lepas pencen nantilah kita pergi ke masjid" dan sebagainya.Semuanya tak lebih macam angan-angan Mat Jenin.Tengok-tengok maut sudah menjelma di depan mata.
- Semua penderhaka sama ada kepada Allah,Rasulullah,kedua-dua ibu bapa dan sebagainya.
- Peminum arak.
- Orang yang suka memutuskan silaturrahim.Dalam hadith yang masyhur, Nabi S.A.W. pernah menyebutkan bahawa golongan pemutus silatulrahim ini memang tidak akan masuk ke dalam syurga, bahkan bau syurga pun ia tak akan dapat.Renung-renungkanlah dengan siapa yang kita masih bermasam muka dan tidak bertegur sapa.
- Orang tua yang berzina.Inilah yang sering dipaparkan oleh media kita pada abad 21 yang serba maju ini. Makin hari makin ramai datuk-datuk yang merogol cucu, ayah merogol anak, abang merogol adik malah pengali kubur pun berani merogol mayat wanita.Ada lagi yang tidak takut... berzina dan merogol di dalam surau dan sebagainya.
- Orang-orang yang sombong,yang megah dengan apa yang di miliki di atas dunia ini
- Isteri yang meminta di ceraikan tanpa ada sesuatu kesalahan dan keuzuran yang di benarkan oleh syarak.
Isnin, 1 Jun 2009
Remaja Yang Kita Impikan
Alhamdulillah.Namun, dalam keghairahan itu di harap anak2 tidak lupa untuk mempersiapkan diri dari aspek emosi, mental dan rohani. persiapan dalaman ini amat utama berbanding fizikal kerana anak2 bakal berhadapan dengan dunia yang serba baru yang jauh berbeza dengan kehidupan di Matri dulu.
Medan kampus adalah masa terbaik anak2 memahami kehidupan sebenar menurut acuan islam. di sana, anak2 mempunyai banyak peluang keemasan untuk memprektikkan segala ilmu dunia dan akhirat yang telah di pelajari di Matri selama ini, sebarkan ia.Insaallah jika anak2 melakukan ia dengan ikhlas kerana Allah, nikmatnya akan dapat di rasai kelak.
sehubungan itu, anak2 perlu mengunakan potensi yang ada pada diri anda di samping kecermelangan akademik, untuk merealisasikan hasrat murni ibu bapa, masyarakat dan paling utama ialah tuntutan islam yang mahukan umatnya menjadi orang cemerlang dalam ertikata sebenarnya.
Di Universiti, kegagalan anak2 mengurus kehidupan berlandaskan syariat Allah, mengabaikan amanah dan harapan keluarga serta umat Islam, akan mewujudkan natijah yang kelak memberi penyesalan yang tidak ada titik noktah, kecuali berakhirnya hayat di badan.
Justeru, pastikan anak2 melangkah ke 'Menara Gading' yang telah lama di impikan dan pilihan anda itu dengan bekalan yang cukup iaitu Iman dan Taqwa.Bagi memastikan bekalan itu tetap berterusan,maka anda perlu menjaganya dengan meletakkan diri setiap masa dalam suasana yang di redhai Allah
Di samping itu anak2 perlu bijak membuat penilaian terhadap teman2 yang bakal di hampiri kelak. Paling penting, anda sentiasa berwaspada dari segala pekara yang melalaikan dari mengingati Allah,dengan menjaga solat pada waktunya.Lakukanlah sesuatu pekerjaan itu dengan niat ikhlas kerana Allah Insaallah akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.akhir kata selamat berjaya untuk anak2 semua Ingatlah! menuntut ilmu itu satu jihat besar ganjarannya .Selamat berjuang untuk serikandi islam.
Jika ada orang yang bertanya
Bagaimanakah rupa remaja yang kita idamkan?
Jawabnya
Remaja yang kita impikan...
dadanayasarat ilmu kepandaian
hatinya berbunga hikmah kebijaksanaan
nuraninya mekar cinta kasih sayang
pundaknya menggalas amanah iltizam
kakinya gagah melangkah cabaran
tangannya tangkas menghayun harapan
lidahnya fasih mengukap kebenaran
Remaja yang kita impikan...
jasmaninya agam bak jagoan
emosinya tenteram bak kebudimanan
ruhaninya mapan bak agamawan
inteliknya mendalam bak cendekiawan
Remaja yang kita impikan...
jiwanya laman keimanan
mindanya ruang informasi
akhlaknya celupan nilai murni
peribadinya bayangan rabbani
Remaja yang kita impikan...
tidak semudah untuk di realisasi
namun begitu
bukan mustahil untuk di jelmakan
sama-sama kita usahakan
jadikan ia satu kenyataan
NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM
Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya(surah Luqman)
- Hai anakku! janganlah kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan mempersekutukan Allah itu adalah satu kezaliman yang besar.
- Hendaklah kamu patuh dan berbuat baik kepada kedua ibu bapamu.
- Jika kedua orang tuamu memaksamu untuk mempersekutukan Allah maka janganlah kamu mengikutnya.
- Hendaklah kamu mendirikan solat,menyuruh manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah perbuatan mungkar serta bersabarlah terhadap apa sahaja dugaan yang menimpamu.
- Jangan berlagak dan berlaku sombong lagi angkuh, kerana Allah tidak suka kepada orang2 yang sombong dan membangakan diri.
- Hendaklah kamu sederhana dalam berjalan dan lunakkanlah dan lembutkanlah suaramu.
Sebelum wafat, Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya:
"Hai anakku, telah banyak yang telah aku wasiatkan kepada kamu, kini aku berwasiat mengenai enam perkara yang telah dikandung oleh orang2 berilmu sejak dahulu:
- Janganlah direbutkan dunia kecuali sekadar untuk memenuhi sisa hidupmu.
- Sembahlah Tuhanmu mengikut keperluanmu kepadaNya.
- Beramallah untuk akhirat sesuai dengan kehendakmu untuk hidup disana.
- Berusahalah menghindarkan dirimu dari bakaran api neraka selama engkau belum yakin akan selamat darinya.
- Sesuaikan keberanianmu dalam berbuat derhaka dengan kemampuan kesabaranmu menerima azab Allah S.W.T.
- Jika engkau mendehakai Allah, maka carilah tempat sehingga engkau tidak dilihat oleh Allah dan malaikatnya."
Luqman mengajak anaknya ke pasar dengan berkenderaan keldai.Pertama dia menunggang dan anaknya menuntun.Orang ramai pun mencela,"Orang tua kejam, dia menunggang dan anaknya disuruh berjalan."Kemudian dia mengajak anaknya naik sekali, orang pun mencela,"Bagaimana dua orang naik satu keldai."Lalu turunlah Luqman sedang anaknya tetap di atas.Tiba2 ada yang mencela,"Anak kurang ajar, bapa dijadikan buruh menuntun keldai." Lalu Luqman menyuruh anaknya turun dari keldai,Orang mencela lagi,"Bodoh benar keldai tidak dinaiki malah di tuntun."Dengan ini Luqman cuba menunjukkan kepada anaknya bahawa orang beramal untuk mengambil hati orang lain tidak akan selamat dari cacian mereka.
:Liqman berpesan kepada anaknya
"Hai anakku! hendaklah dirimu merasa takut memuliaka orang yang celaka, mencerca orang yang berakal, menghina orang yang mulia, bergurau dengan orang bodoh, bersahabat dengan orang yang jahil dan berkelahi dengan orang jahat.Awal kesempurnaan kebajikan itu ialah bersegera kembali kepada Allah."
"Hai anakku!3perkara kebaikan pada manusia ialah:
"Hai anakku! Duduklah bersama ulama dan rapatkanlah mereka dengan kedua lututmu.Sesungguhnya Allah S.W.T.menghidupkan hati dengan nur-hikmah(ilmu)seperti menghidupkan bumi dengan hijan dari langit."
"Hai anakku! Juakanlah dunaimu dengan akhiratmu, nescaya engkau akan beruntung dari keduanya.Dan janganlah engkau jual akhiratmu dengan duniamu neccaya engkau akan rugi dari keduanya."
"Hai anakku! Janganlah kamu tertawa dari hal yang tidak menakjubkan, Janganlah kamu berjalan tanpa tujuan, Jangan kamu bertanya tentang pekara yang tidak perlu bagimu, Janganlah kamu mengsia-siakan hartamu dan malah harta orang lain kamu jadikan manafaat.Sesungguhnya dahulukan hartamu dan tinggalkan harta orang lain."
"Hai anakku!Sesungguhnya sesiapa yang mengasihi orang nescaya ia akan dikasihi.Dan siapa menyatakan kebajikan nescaya memperolehi hasil.Siapa yang menyatakan kejahatan nescaya berdosa dan siapa yang tidak menguasai lidahnya nescaya menyesal,"
"Hai anakku! Sesungguhnya emas itu di cuba dengan api.Dan hamba yang soleh dicuba dengan bencana. Maka apabila Allah mengasihi sesuatu kaum nescaya akan di cubanya mereka.Siapa yang redha nescaya Allah pun akan redha dan siapa yang marah nescaya Allah pun akan marah."
"Hai anakku Sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang dalam,Banyak manusia yang tenggelam di dalamnya. Jadikan Takwa sebagai bahteramu di dunai ini,muatannya ialah IMAN dan layarnya ialah berserah DIRI kepada Allah, mudah-mudahan engkau selamat."
"Hai anakku! Dunia adalah lautan sedangkan iman adalah perahu. Pelautnya adalah ketaatan dan pantainya adalah akhirat."
:Liqman berpesan kepada anaknya
"Hai anakku! hendaklah dirimu merasa takut memuliaka orang yang celaka, mencerca orang yang berakal, menghina orang yang mulia, bergurau dengan orang bodoh, bersahabat dengan orang yang jahil dan berkelahi dengan orang jahat.Awal kesempurnaan kebajikan itu ialah bersegera kembali kepada Allah."
"Hai anakku!3perkara kebaikan pada manusia ialah:
- Bermusyawarah dengan orang yang memberi nasihat
- Bermuka manis dan berlembut dengan musuh dan orang berdengki.
- Menyatakan kasih pada semua orang."
"Hai anakku! Duduklah bersama ulama dan rapatkanlah mereka dengan kedua lututmu.Sesungguhnya Allah S.W.T.menghidupkan hati dengan nur-hikmah(ilmu)seperti menghidupkan bumi dengan hijan dari langit."
"Hai anakku! Juakanlah dunaimu dengan akhiratmu, nescaya engkau akan beruntung dari keduanya.Dan janganlah engkau jual akhiratmu dengan duniamu neccaya engkau akan rugi dari keduanya."
"Hai anakku! Janganlah kamu tertawa dari hal yang tidak menakjubkan, Janganlah kamu berjalan tanpa tujuan, Jangan kamu bertanya tentang pekara yang tidak perlu bagimu, Janganlah kamu mengsia-siakan hartamu dan malah harta orang lain kamu jadikan manafaat.Sesungguhnya dahulukan hartamu dan tinggalkan harta orang lain."
"Hai anakku!Sesungguhnya sesiapa yang mengasihi orang nescaya ia akan dikasihi.Dan siapa menyatakan kebajikan nescaya memperolehi hasil.Siapa yang menyatakan kejahatan nescaya berdosa dan siapa yang tidak menguasai lidahnya nescaya menyesal,"
"Hai anakku! Sesungguhnya emas itu di cuba dengan api.Dan hamba yang soleh dicuba dengan bencana. Maka apabila Allah mengasihi sesuatu kaum nescaya akan di cubanya mereka.Siapa yang redha nescaya Allah pun akan redha dan siapa yang marah nescaya Allah pun akan marah."
"Hai anakku Sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang dalam,Banyak manusia yang tenggelam di dalamnya. Jadikan Takwa sebagai bahteramu di dunai ini,muatannya ialah IMAN dan layarnya ialah berserah DIRI kepada Allah, mudah-mudahan engkau selamat."
"Hai anakku! Dunia adalah lautan sedangkan iman adalah perahu. Pelautnya adalah ketaatan dan pantainya adalah akhirat."
Langgan:
Catatan (Atom)
