BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Selasa, 30 Jun 2009

PERJALANAN YANG JAUH

Ribuan maaf di pinta kepada kekawan yang sudi singgah di halaman ini kerana tak sempat nak update, sibuk dengan urusan pendaftaran anak sulung ana yang dapat masuk ke U.D.M. Terangganu pada 28 june yang lepas.
Kami bertolak pada hari jumaat untuk mengelak dari kesesakan jlnraya dan yang penting lagi tempat penginapan belum dapat lagi.Suami ana ni lain sikit, dia tak suka tempah awal-awal, biar sampai dulu baru cari tempat mana yang bagus,kalau ikut selera anak2 mesti ada kolam renang, ana tak kisah asalkan boleh tidur sudah.
Malam pertama dapat calet kat tepi pantai buruk,malam kedua cari pula tempat lain kerana calet tu sempitlah sikit bagi lima orang.Pusinglah keliling pekan Kuala Terengganu pula untuk cari penginapan, ingatkan bukan musim cuti sekolah tak ramai org tapi sebaliknya.Cuba tanya balik calet semalam kut masih ada kosong tapi dah penuh,masaallah baru saja cekout orang lain dah masuk. Itulah tandanya org kita ni suka melancong kat sebelah Pantai Timur dari tempat lain.
Suami ana kata kita cuba calet kat Pulau Duyung pula kut ada, sampai kat jalan masuk, nampaklah caletnya begitu cantik dan agak mewah juga,ana senyum pada hubby dan kata'' hai abang' tak mahal ka kat sini nanti terlepas mulut buaya, masuk mulut naga pula,''.Tak apa kita cuba tanya dulu kata hubby,ana puji sikap suami ana yang sabar dan tenang menghadapi suasana begitu.Harganya boleh tahan taklah mahal sangat dengan segala kemudahan yg di sediakan dan pemandangan yg cantik.
Hari ini hari ahad 28 june ,pendaftaran pelajar baru sesi 09/10 telah bermula dgn itu juga tlh b'mula p'hidupan baru bagi kakak yg selama ini tdk p'nah b'pisah dgn keluarga.Setelah selesai semua urusan t'paksalah kami tinggalkan kakak walaupun deraian air mata mengiringi perpisahan ini,jutaan doa dan harapan kami tinggalkan utk kakak, semuga kakak tabah dan sabar m'hadapi ujian ini.
Hari isnin baru ana dan keluarga bertolak balik,malam baru sampai maklumlah jauh dari t'ganu ke perlis. Keesokkannya,kemas rumah, basuh baju jadi tak sempat nak buka komputer lagi, kalau dulu balik dari holiday kakak tolong sama,sekarang kakak dah tak ada terpaksalah buat sendiri anak2 yg lain masih kecil lagi yg tengah tu bolehlah tolong sikit2 kerana dia kena pergi sekolah.Hari ni baru ada peluang sikit,Alhamdulillah.

4 ulasan:

Nuha Hashim berkata...

alhamdulillah.. hari tu iza ada call.. miss her a lot.. hasna' pun takut juga, tak pernah berpisah jauh dengan mak.. nanti, terus fly.. doakan ya makndak..

anak laut berkata...

salam....

terima kasih atas ulasan yg sangat membina dalam blog saya..

kalau semua sperti yg dinyatakan..barakahnya perkahwinan tu.

tq..

sekuntum mawar berduri berkata...

salam
Insyaallah, makndak selalu b'doa utk anak2 matri semuga b'jaya di dunia dan akhirat. Allah selalu m'beri yg baik utk kita tetapi kekadang Allah m'beri yg buruk dahulu utk yg t'baik.

sekuntum mawar berduri berkata...

salam
Insyaallah, ana dan suami akn m'laksanakan sunnah nabi saw bila tiba jodoh utk anak2 gadis kami nanti,doakan semuga kami b'jaya m'hidupkan kembali sunnah yg tlh di tinggalkan.