BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Ahad, 19 Julai 2009

LANGIT, BUMI, DAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

KEAJAIBAN LANGIT
Allah s.w.t. berfirman ertinya:
"Maka apakah mereka tidak m'perhatikan langit yg ada di atas mereka; bagaimana Kami m'ninggikan dan m'hiasnya, dan langit itu tidak m'punyai retak-retak sadikitpun."(Qaaf: 6)
Firman Allah s.w.t. lagi ertinya:
Allah yg m'ciptakan tujuh langit."

LANGIT DITINGGIKAN DAN BUMI DIHAMPARKAN
Ketahuilah, jika kita m'renungkan alam ini dgn fikiran kita, nescaya kita akan m'dapati bahawa ia bagaikan sebuah rumah yg di dalamnya tersedia semua yg di perlukan kerana rumah itu dilengkapi dgn perabot-perabot yg sempurna. Langit ditinggikan bagaikan atap, bumi dihamparkan bagaikan lantai, bintang-bintang b'taburan bagaikan pelita, dan permata-permata disimpan bagaikan mutiara yg terhampar. Semua itu disiapkan dan disediakan utk k'pentingan alam ini. Manusia bagaikan pemilik rumah yg dianugerahkan itu dgn segala isinya. Berbagai jenis tumbuhan disediakan utk k'perluannya dan bermacam-macam haiwan utk kepentingannya.

TINGKATAN DAN WARNA LANGIT
Allah s.w.t. telah m'cipta langit ini dan telah m'buat warnanya yg paling sesuai bagi mata utk m'mandangnya yg juga dapat m'guatkan pandangan. Seandainya langit itu berupa sinar atau cahaya yg b'warna merah kehitam-hitaman, nescaya ia akan m'nyakitkan org yg m'mandangnya. Memandang sesuatu yg berwarna hijau atau biru akan sesuai bagi mata. Ketika m'mandang langit dgn keluasannya, manusia akan m'dapatkan kenikmatan dan kesenangan, apalagi jika muncul bintang-bintangnya dan nampak cahaya bulannya.

Para raja m'buat atap-atap majlisnya dgn b'bagai ukiran dan hiasan yg m'buat org yg m'mandangnya m'dapat k'senangan dan k'gembiraan. Namun, jika org yg m'lihat itu terus-menerus m'mandangnya dan m'ulang-ulanginya, nescaya ia akan m'rasa bosan dan akan hilang perasaan senang dan gembira yg sebelum ini ia rasakan dgn m'mandangnya. Lain halnya dgn m'mandang langit dan hiasannya. Para raja ataupun orang-orang yg lebih rendah dari mereka, dapat m'rasakan k'gembiraan dgn m'mandang langit dan alam t'buka yg luas bila sebelumnya mereka gelisah kerana b'bagai sebab.

BINTANG SEBAGAI PENGIKAT DAN PETUNJUK
Langit juga m'rupakan pengikat bagi bintang-bintangnya yg m'nempel dan juga bagi bulan. Dgn gerakkannya, bintang-bintang b'jalan sehingga penduduk bumi dapat m'perolehi petunjuk dgnnya. Di langit juga t'dapat jalur-jalur yg bekas-bekasnya masih t'dapat di Barat dan Timur.

Kedap-kedip cahaya di langit adalah bintang-bintang kecil yg sangat dekat dan b'kumpul di mana org yg t'sesat dan bingung akan m'dapat petunjuk tentang arah mana sahaja sehingga ia dapat menuju ke arah itu. Itulah yg dimaksud dlm firman Alla s.w.t. ertinya:
"Demi langit yg memiliki hubuk(jalan-jalan)." (Az-Zariat:7)

Ada juga pendapat yg m'gatakan bahawa kata 'hubuk' dlm ayat t'sebut ertinya p'hiasan, jadi ia m'rupakan petunjuk-petunjuk yg jelas yg m'nunjukkan penciptanya. P'ciptaannya yg teliti dan kukuh m'nunjukkan keluasan ilmu p'buatnya, dan semua k'teraturannya m'nunjukkan k'hendak dari penciptanya. Maha Suci Allah Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui, dan Maha Berkehendak.

HIKMAH DAN MANAFAAT MEMANDANG LANGIT

Orang-orang bijaksana m'gatakan, t'dapat sepuluh manafaat dlm m'mandang langit, iaitu:
  • mengurangi kesedihan
  • mengurangi perasaan was-was
  • menghilang perasaan takut
  • mengingati Allah
  • dapat memancarkan pengagungan terhadap Allah di dalam hati
  • menghilangkan fikiran buruk
  • memberi manafaat bagi orang yang hilang semangat
  • menghibur orang yang sedang rindu
  • menyenangkan orang-orang yang mencintai, dan
  • kiblat bagi orang-orang yang berdoa.
petikan dari buku 110 keanehan & keajaiban ciptaan Allah oleh
Hj. Hassan Muhd. Al-Khairun Al-Gozali

7 ulasan:

Rashid berkata...

salam

ermm suka melihat bintang-bintang kat langit sana.. terasa tenang..damai jer..

anak laut berkata...

salam..

surah Hud ayat 7, selepas Allah berkata langit dan bumi dicipta dalam masa enam hari, dia menegaskan, "Dan adalah arasy (Allah) di atas air..."

Kefahaman oleh ayat ini diperincikan oleh hadis yang dilaporkan oleh Muslim bermaksud, "Sesungguhnya Allah menetukan ketentuan-ketentuan mengenai semua makhluk 50,000 tahun sebelum kejadian langit dan bumi. Dan Arasynya di atas air."
Semasa menerangkan ayat ini, Syed Qutub berkata, "Semasa Allah menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi (dalam enam masa), Allah terus menyambungnya dengan kenyataan bahawa Arasy Allah berada di atas air. Apa yang dapat dimanfaatkan daripada kenyataan ini adalah semasa berlaku proses kejadian langit dan bumi, iaitu semasa langit dan bumi sedang menjelma keluar dalam bentuknya yang ditetapkan oleh Allah. Pada masa itu air sudah wujud dan Arasy Allah berada di atas air. Walaupun persoalan mengenai bagaimana terjadinya air ini, di mana ia sebenarnya dan bagaimana kedudukan Arasy itu di atas air, kesemua ini dan yang lain-lain seumpamanya adalah perkara ghaib yang kita tidak ada pengetahuan mengenainya melainkan sekadar ilmu yang diberikan Allah berpandukan ayat ini." Hal ini disebutkan di dalam Fi Zilal al-Quran.

saya sangat tertarik dengan entri anda, segala ulasan saya yang saya tulis itu, jika ada salah tolong betulkan ya..!

terima kasih kerana anda sudi singgah di blog saya..

wasalam,

anaklaut'-

Abd Razak berkata...

Salam...

Terima kasih ziarah blog saya.

Manusia harus memikirkan bagaimana ia menjadi ada, apa tujuan hidupnya, mengapa ia akan mati, dan apa yang terjadi setelah kematian. Ia hendaknya mempertanyakan bagaimana dirinya dan seluruh alam semesta ini menjadi ada dan bagaimana keduanya terus-menerus ada. Selagi melakukan hal ini, ia harus membebaskan dirinya dari segala ikatan dan prasangka.

Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)

sekuntum mawar berduri berkata...

salam

terimakasih...cikgu Rashid atas kunjungan. Semuga Allah selalu m'beri kedamaian dan k'tenangan kpd cikgu.

sekuntum mawar berduri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sekuntum mawar berduri berkata...

salam
terimakasih AL, atas ulasan yg di beri marilah kita berkongsi ilmu yg di beri oleh Allah ini semuga ia m'jadi pedoman kita untuk menempuh jalan yg berliku dan beronak duri ini bagi menuju negeri abadi nanti. Insyaallah.

sekuntum mawar berduri berkata...

Salam...
terimakasih Razak atas kunjungan balas ini,semuga Allah sentisa merahmati setiap pekara yang dilakukan dengan iklas dan istiqamah.