BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Isnin, 26 Oktober 2009

TUJUAN HIDUP

Manusia mampu menghindarkan dosa jika mereka memahami tujuan hidup.Segala permasaalahan yang timbul di kalangan umat Islam ialah kerana mereka tidak memahami tujuan hidup dan penciptaan dirinya.Apabila tujuan utama ini tidak di fahami atau dilupakan ibarat seseorang yang berjalan dalam kegelapan dan tanpa tujuan.

Sebenarnya tujuan utama hidup ini adalah untuk menyembah dan mengenal Allah swt dengan melakukan penyerahan diri sepenuhnya kepada-Nya.Firman-nya dalam ayat(51:56) yang bermaksud:
"Aku menciptakan jin dan manusia agar mereka mengenal-Ku dan menyembak-Ku".
Berdasarkan ayat di atas manusia tidak memiliki hak untuk menetapkan tujuan hidupnya sendiri, buktinya, ketika di lahirkan kedunia ini dan di matikan bukan mengikut kepada kemahuan mereka.

Allah swt menciptakan manusia adalah untuk melakukan pencarian untuk mencapai tingkat yang tertinggi bagi mewarnai sifat- sifat Allah swt dan melaksanakan sifat-sifat tersebut di dalam kehidupan mereka terutamanya di dalam hubungan sesama manusia.

Contoh yang paling sempurna dalam mewarnai sifat-sifat Allah swt ialah Nabi MUhammad saw sehingga Siti Aisyah ra melukiskan satu gambaran yang cukup sempurna mengenai akhlak Baginda saw dengan mengatakan"Akhlak Rasulullah saw adalah Al Quran".
Kejayaan Baginda memenuhi konsep habluminallah dan hamluminannas iaitu hubungan dengan Allah swt dan hubungan dengan sesama manusia harus di teladani oleh setiap umat Islam yang ingin keselamatan di dalam kehidupan mereka.
Salah satu cara untuk memahami tujuan hidup ialah dengan menghayati kemurahan Allah swt dalam penciptaan manusia yang penuh dengan rahmatNya dan kemurahan-Nya yang tidak terbatas. Manusia diberi anggota badan yang sempurna, udara untuk bernafas, makanan dari pelbagai sumber,air untuk minuman dan membersih diri, ahli keluarga tempat untuk berkasih sayang dan pelbagai nikmat lain yang tak terhitung.Allah swt berulang kali menjelaskan kemurahan-kemurahan-Nya dalam ayat(14:34) yang bermaksud"
"Jika kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, kamu sekali-kali tidak dapat menghitungnya".

Apabila manusia menghargai,memahami dan mensyukuri sifat kemurahan Allah swt, mereka akan menjalani kehidupan yang lebih tenang dan berkat serta akan menghormati segala kejadian dan penciptaan Allah swt.
Manusia akan melaksanakan segala perintah dan suruhan Allah swt tanpa rasa berat dan terpaksa.Hidup di dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk mencari bekalan ke negeri akhirat kelak.

3 ulasan:

Rashid berkata...

Selalu juga merenung diri..
sesungguhnya kita hanya insan musafir yang sentiasa melangkah.. pasti langkah akan terhenti juga. Tapi selagi ada daya selagi itulah kita perlu melangkah..

anak laut berkata...

salam...ukhwah..


entri yg sangat best, moga allah memberi ganjaan pahala pada anda..amin.

Tujuan Hidup?


Setiap insan mesti mengakui bahawa ia adalah seorang hamba Allah S.W.T. Allah menjadikannya untuk menyembah dan mengabdikan dirinya pada Allah. Hidup di dunia adalah sementara dan
akhirat jua adalah matlamat terakhir dimana insan itu akan dihidupkan kembali untuk selama-lamanya.

Hidup ini merupakan satu perjalanan sementara dimana setiap insan perlu menyediakan diri untuk mendapat kebahgiaan dan kesejahteraan di akhirat. Ini sebenarnya adalah tujuan hidup kita.

Kuatkan Iman !

Sebagai seorang yang beriman kita perlu percaya dengan sepenuh hati bahawa Allah S.W.T. telah menjadikan kita dan kita mesti percaya bahawa hari akhirat akan wujud, syurga neraka akan wujud.

Kita mesti percaya bahawa malaikat malaikat wujud untuk menjalankan tugas dan urusan Allah dan kita percaya bahawa Allah menurunkan kitab Al Quran sebagai panduan hidup manusia dan Mohamad itu pesuruh Allah yang ditugaskan untuk menyebarkan segala ajaran dan suruhan Allah kepada manusia. Inilah asas asas keimanan seseorang.

anaklaut

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...

Rashid...
terimakasih sudi singgah dan beri ulasan.

anaklaut...
terimakasih sudi singgah dan ulasan yang bermanafaat semuga ia menjadi panduan untuk kita bersama