Iman mempunyai hubungan yang amat rapat dengan amal. Iman menjadikan seseorang sentiasa beramal. Amalan seseorang akan lebih ikhlas apabila jiwanya diisi dengan keimanan terhadap Allah swt. Begitulah, keimanan akan lebih kental sekiranya dipertingkatkan amalannya. Iman yang mantap akan memandu anggota lahiriah seseorang. Hal ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
" Ketahuilah sesungguhnya di dalam badan seseorang ada segumpal darah, apabila ia baik, maka baiklah seluruhnya, jika ia buruk, maka buruklah seluruh badan, itulah dia sekeping hati." (Rwayat Bukhari)
Daripada sayidatina Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Orang mu'min yang paling sempurna imannya ialah orang yang lebih baik pekertinya dan sangat bertimbang rasa terhadap keluarganya."
Iman menggerakkan seseorang untuk mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan perbuatan yang dilarang. Dengan itu akan membangkitkan kemahuan untuk mencari ketinggian dan kemuliaan diri serta dapat berusaha untuk menghindarkan diri daripada kehinaan dan kerendahan akhlak.
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya(megeluarkan zakat), dan mereka yang menjaga kehormatannya," (Al- Mu'minun:1-5)
Sesungguhnya kehidupan ini saling memerlukan. Jika kita sedar siapa diri kita dan kita sedar apa peranan kita, secara tidak langsung kita akan menjadi manusia yang bertanggungjawab.Hubungan iman dan amal adalah saling memerlukan untuk membentuk insan yang bertakwa.

3 ulasan:
Salam SMB: Sukarnya mencari hakikat iman. Banyak godaan yang menanti. Tidak seiring dengan apa yang dicita-citakan. Takwa apatah lagi...
Salam...:)
ILMU adalah penyuluh dan penunjuk...
IMAN adalah bermaksud YAKIN dan PERCAYA...
Maka diikuti dengan amal...
salam...
Sdr Aidil t/kasih sudi singgah...
Ingatlah hidup kita cuma sementara,
hiasailah hidup ini dgn penuh k'ceriaan & kasih sayang,
tapi jgn lupa semaikan Islam dihati,
tanamkan Iman nan suci,
bajai dgn takwa setiap hari,
InsyaAllah berbuahlah bahagia yg hakiki.
Salam sdr Razak...
t/kasih sudi singgah.
Sungguh b'untung mereka yg amalnya ikhlas kerana Allah.
Catat Ulasan