Selamat menyambut maal hijrah 1431h, bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang untuk kita menikmati erti sebenar kehidupan ini.Tetapi jangan kita lupa bahawa Allah telah berfirman yang bermaksud:
" Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui." (Al-Ankabut 64).
Ya Allah wahai tuhan kami berikanlah kepada kami kebaikan dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Orang yang beriman selalu ada Rabithah (tautan) Hati antara mereka, tak perlu bersua kerana mereka sering bertemu dalam cintaNya. Ia di takdirkan dengan kebetulan yang sering tak disengajakan. Hadiah dari yang Maha Pencipta buat hambaNya tersenyum gembira. Bersyukurlah,atas nikmat kasih sayangNya yang tak ternilai untuk hamba-hambaNya yang beriman.
Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.
Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali.
Kelmarin yang luput menjadi secebis kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan. Yang ada hanya hari ini dan hari mendatang. Gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi selama-lamanya...SALAM MAAL HIJRAH.
1 ulasan:
Salam..:)
Salam Maal Hijrah.
Hijrah itu pergorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Catat Ulasan