BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Khamis, 10 Disember 2009

WIBAWA LELAKI DALAM TERAJU RUMAH TANGGA


Telah sering diperkatakan perlunya seorang isteri taat dan patuh kepada suami. Hormat dan memuliakan suami, hingga disebutkan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud:
"Seandainya aku boleh memerintahkan kepada manusia bersujud kepada manusia lain, aku akan perintahkan para isteri untuk bersujud kepada suami mereka kerana besarnya hak suami yang di anugerahkan Allah atas mereka"(Riwayat Termizi).

Ertinya, suami adalah tempat menumpahkan ketaatan, kesetiaan dan khidmat bakti. Di situlah ruang bagi seorang isteri mendapatkan keredhaan Allah swt dan menerima janji syurga. Demikian tingginya kedudukan suami hingga isteri di suruh patuh tanpa berbelah bahagi selagi tidak menyimpang dari jalan Allah swt.

Namun begitu, hubungan antara pemimpin(suami) dan orang yang di pimpin(isteri) adalah hubungan timbal balik. Andainya isteri di suruh patuh kepada suami, maka suami perlulah memelihara wibawa kepimpinannya untuk melayakkan dirinya dipatuhi, disayangi dan dihormati dengan sepenuh hati.

Dengan kata lain, suami juga ada peranan untuk menarik kepatuhan dan penghormatan yang sepenuhnya dari isteri. Agar rasa hormat dan patuhnya si isteri itu bukan semata-mata kerana memenuhi kewajipan mematuhi, menghormati dan memuliakan suami, tapi kerana suami sendiri memperlihatkan sikap dan keperibadian luhur yang mengundang rasa hormat tanpa di paksa-paksa.

Sebagai manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta mengalami pasang surutnya iman maka isteri juga memerlukan sokongan suami untuk mematuhi perintah Allah swt, termasuklah dalam memberi ketaatan dan khidmat bakti kepada suami tercinta. Oleh itu, wibawa dan daya kepimpinan suami perlulah menyerlah supaya lebih mudah dan lebih terbuka hati isteri untuk taat dan hormat.

Andainya pada diri suami tidak ada ciri-ciri sebagai ketua keluarga yang berwibawa maka agar sukar untuk menarik isteri dan anak-anak patuh serta hormat kepadanya. Walaupun rasa hormat dan patuh kepada suami serta ayah itu wajib, tetapi dalam keadaan suami atau ayah tidak memperlihatkan wibawanya sebagai pemimpin dalam rumah tangga maka isteri dan anak-anak mungkin hanya hormat dan patuh secara fizikal sahaja tetapi bukan dari hati yang penuh rela.

Di sinilah pentingnya wibawa dan daya kepimpinan seorang lelaki dibina dan di suburkan di dalam rumah tangga. Wibawa sebenar seorang lelaki itu dapat di lihat bila dia berada bersama ahli keluarganya,dia akan dihormati, di dengari kata-katanya, di sayangi dan di banggai oleh anak isteri tanpa di minta dan di suruhi. Menjadi tempat untuk berpaut, tempat rujukkan, tempat untuk berteduh, tempat mencari damai dan menjadi contoh teladan kepada anak isterinya.

Persoalan ini penting untuk difahami oleh para lelaki yang bergelag suami dan ayah. Kepimpinan mereka dalam rumah tangga akan menentukan halatuju, keselamatan, kesejahteraan dan nasib masa depan seluruh ahli keluarganya, bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Ini di peringatkan oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:
" Hai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu..."(At-Tahrim:6).

Sukar bagi seorang ketua keluarga untuk memelihara dan menyelamatkan dirinya dan ahli keluarganya dari seksa neraka jika dia gagal menegakkan kepimpinan yang berwibawa dan di redhai dalam rumah tangganya. Seorang suami perlu ditaati dan didengari cakapnya bukan sekadar di sayangi. Seorang ayah perlu di hormati dan di sanjung, bukan untuk di takuti. Hanya dengan itu mereka dapat memimpin, membimbing dan mendidik anak isteri dengan berkesan untuk menuju keredhan Allah swt.


4 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam...:)

Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari rusuk kiri lelaki, bukan dicipta dari kepala ke kaki dan bukan juga dari tapak kaki tetapi wanita itu dicipta dari rusuk kiri lelaki supaya hampir dgn lelaki, dekat dgn lelaki utk disayangi.

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...

Betul tu razak.
Hidup lelaki akan sunyi tanpa wanita(isteri) di sisi begitu juga wanita akan merasakan kehilangan haluan tanpa bimbingan lelaki(suami).

Terima kasih sudi singgah.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...
Terima kasih kerana sudi berkongsi info yang bermanafaat di sini semoga apa yang kita lakukan di berkati oleh Allah swt.

Perempuan apabila sembahyang lima waktu.puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya maka masuklah dia dari pinu syurga mana sahaja yang di kehendakinya