BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Jumaat, 22 Januari 2010

ANAK-ANAKKU SAYANG

Anak-anakku sayang

Kalau manjadi batu

Jangan menjadi batu di tepi jalan

Tiada nilainya,tiada harganya

Dipijak orang,disepak orang.

Tetapi anak-anakku sayang

Jadilah batu intan

Jadilah batu permata

Yang berkilau,yang bersinar

Dihargai orang

Anak-anakku sayang

Kalau menjadi kayu

Jangan menjadi kayu biasa

Yang reput,yang rapuh,yang patah

Di buang orang merata-rata.

Tetapi anak-anakku sayang

Jadilah kayu jati

Kayu yang kukuh

Tinggi nilainya

Dihargai orang

Anak-anakku sayang

Kalau menjadi manusia

Jangan menjadi manusia biasa-biasa

Goyah jiwanya

Rapuh imannya

Sempit mindanya

Gelap masa depannya.

Tetapi anak-anakku sayang

Jadilah manusia luar biasa

Kukuh jiwanya

Kental imannya

Tertib solatnya

Al-Quran bicaranya

Luas pandangannya

Gemilang masa depannya

Anak-anakku sayang

Perahu sudah di air

Pendayung sudah di tangan

Fikirlah,renunglah

Katakan pada dirimu

Bahawa saya tidak memilih

Untuk menjadi manusia biasa

Tapi saya memilih

Untuk menjadi manusia luar biasa.


6 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam...

Orang yang selalu menebar kebaikan dan memberi manfaat bagi orang lain adalah sebaik-baik manusia. Kenapa Rasulullah saw. menyebut seperti itu? Setidaknya ada empat alasan. Pertama, kerana dia dicintai Allah SWT. Rasulullah saw. pernah bersabda yang bunyinya kurang lebih, orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. Siapakah yang lebih baik dari orang yang dicintai Allah?

Alasan kedua, kerana dia melakukan amal yang terbaik.

Ketiga, kerana dia melakukan kebaikan yang sangat besar pahalanya.

Keempat, memberi manfaat kepada orang lain tanpa mengira balasan, mengundang kesaksian dan pujian orang yang beriman

Nuha Hashim berkata...

terima kasih mak ndak..rasa macam pesanan seorang ibu kepada kami, anak-anak yang masih belajar untuk mengenal luasnya dunia..hasna' pun menumpang nama 'anakku sayang'.hehe..

ansas berkata...

salam ziarah dari ana...teruskan menulis...salam ukhuwah...=)

sekuntum mawar berduri berkata...

Salam ...
Memang betul apa yang Razak perkatakan itu.Sentiasa berdoa semoga diri ini sentiasa mendapat petunjuk dari Allah untuk melakukan sesuatu pekara itu agar dapat di terima oleh semua dan tiada yang rasa tersinggung.

sekuntum mawar berduri berkata...

Salam...

Rindu pada anak-anak matri yang pernah mak ndak kenali dahulu terasa begitu cepat masa berlalu kini semuanya berjauhan kerana menambah ilmu di dada.Hasna' yang paling jauh di rantau orang(Jordan),Aina dan najiah ada juga datang sekali itupun sekejap saja tak dan nak lepas rindu kalau boleh nak seperti dulu ramai-2 datang ke rumah mak ndak.
Apa pun mak ndak tumpang gembira bila anak-2 matri berjaya semuga islam maju selari dengan kejayaan anak-2 semua hendaknya...Amin.

sekuntum mawar berduri berkata...

salam ukhwah...

Terima kasih Ansas kerana sudi ziarah blog ana semoga Allah sama-2 memberi kita ilham dan kekutan untuk terus menulis.