BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Jumaat, 15 Januari 2010

Bahagia kerana dapat membahagiakan


Tenang itu salah satu unsur kebahagiaan. Semua insan mahu hidupnya bahagia. Tidak ada seorang pun manusia yang inginkan penderitaan dalam hidupnya. Inilah yang mendorong manusia untuk berkahwin bagi mengecap kehidupan yang bahagia bersama pasangan.

Walaupun semua orang inginkan bahagia, tetapi tidak semua yang tahu di manakah letaknya bahagia itu.Banyak orang yang mencari kebahagiaan, namun tidak semua yang akan menemukannya kerana mungkin mereka mencari di tempat yang salah. Sebab itu banyak orang yang mencari kebahagiaan melalui perkahwinan, walaupun belum tentu bahagia akan wujud di situ. Ini bukanlahkerana perkahwinan itu tidak kebahagiaan tetapi disebabkan tidak berlakunya sebab-musabab untuk memperolehi kebahagiaan.

Bahagia itu sebenarnya terletak dalam diri sendiri. Perasaan bahagia tidak terletak dalam pangkat kemuliaan.harta benda yang melimpah-ruah,isteri cantik menawan, suami tampan bergaya mahupun anak-pinak yang bijak pandai yang dimiliki. Kebahagiaan adalah suatu nikmat yang dirasakan di dalam batin manusia yakni di dalam jiwa yang bersih, hati yang damai,perasaan yang tenang dan dada yang lapang.

Ketenangan hati adalah kunci utama dalam menggapai kebahagiaan hidup, termasuklah dalam kehidupan berumah tangga. Kebahagiaan akan menjadi kenyataan yang boleh di rasakan apabila telah ada kedamaian, harapan dan kepuasan,serta perasaan cinta dan kasih sayang di dalam hati suami dan isteri.

Kebahagiaan hanya boleh di capai dengan keimanan dan amal yang soleh. Ini dijelaskan oleh firman-Nya yang bermaksud:
" Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik(hayatan toiyibah)." (An-Nahl:97)

Sudah menjadi sunnatullah, orang mukmin yang bertakwa akan memperolehi ketenangan di dalam menempuh kehidupan ini kerana dia menempuh jalan hidup yang sesuai dengan fitrah yang ditetapkan oleh Allah swt. Justeru apabila manusia mengisi hidupnya dengan amalan yang selari dengan tuntutan fitrahnya, maka InsyaAllah dia pasti akan memperolehi ketenangan dan kedamaian jiwa. Jiwanya akan terasa ringan, ceria dan terisi. Sebaliknya jika ia berbuat sesuatu yang berlawanan dengan fitrah kejadiannya maka hatinya akan hilang rasa bahagia. Jiwanya akan merasa tidak tenang, keluh kesah dan terasa kosong.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk :
membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
berfikir kerana berfikir itu pokok kepada kemajuan,
beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
bersenda gurau kerana bersenda gurau akan menambah kasih sayang dan
beramal ibadat kerana beramal ibadat itu adalah ibu segala ketenangan dan kebahagiaan yang di impikan oleh setiap manusia yang hidup di dunia ini.

Indahnya kehidupan ini jika dalam kerendahan diri, ada ketinggian budi; dalam kemiskinan harta, ada kekayaan budi; dalam kesempitan hidup, ada keluasan ilmu. Bahagianya hidup ini jika segalanya kerana Ilahi. Bahagia kerana dapat membahagiakan orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan.


0 ulasan: