Ujian di dalam kehidupan kadang- kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat lelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-anak tangga untuk mendekati Allah swt. Ini adalah salah satu pintu hidayah(ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb.
Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah swt. Ibnu Qaiyyim pernah menyebut " dijadikan kita(manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah swt.
Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadi kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang lelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar( kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu para sahabat Rasulullah saw lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan.
Kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari kepentingan peribadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa masyarakat. Sedang kemewahan menjadikan kita manusia yang sibuk dengan keperluan dan kepentingan diri bahkan kadang-kadang menjadikan rakus walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.
PESAN Imam Al-Ghazali, "Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya. Hal ini kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang, terutama di kalangan orang yang menuntut ilmu yang membuang masa dalam mencarikebesaran diri dan kemegahan duniawi.
Dia berpendapat bahawa dalam ilmu terkandung keselamatan dan kebahagiaan. Oleh itu, dia menyangka tidak perlu beramal. Dia tidak tahu ketika ada ilmu pada seseorang, maka apa yang memberatkan seperti sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang berat menanggung seksa pada hari kiamat ialah orang yang berilmu, namun tidak mendapat manfaat daripada ilmunya itu".
Wahai anak! Jangan engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan kerja. Yakinlah bahawa ilmu tanpa amal semata-mata, tidak akan menyelamatkan orang.
Jika pada suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang garang, dapatkah senjata itu melindunginya daripada bahaya, jika tidak diangkat, dipukul dan ditikamnya haiwan itu?
Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu risalah ilmiah, kalau tidak diamalkan, maka ilmu itu tidak berfaedah.
Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga untuk mengulangi ilmu, membaca buku dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apa yang menjadi pendorongmu.
Jika yang menjadi pendorong itu ialah kehendak mencari kebendaan dan kesenangan dunia atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan mengatasi kawan semata-mata, maka malanglah engkau. Namun, jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah dan menyucikan budi pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau.
Benar sekali kata seorang penyair: "Biarpun mengantuk menyeksa mata, akan percuma semata-mata, jika tidak kerana Allah semata".
Wahai anak! Hiduplah seperti mahumu. Namun ingat! Bahawa engkau akan mati. Cintailah siapa yang engkau sukai. Namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Berbuat seperti yang kau kehendaki. Namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti.
Pernahkah terlintas di benak kita bahawa kitalah pelakon yang sedang beraksi di pentas dunia ini? Kita menangis, ketawa, gembira, berduka, tenang dan gelisah sehingga tiba saatnya, kita menjadi kaku tanpa apa-apa aksi. Selagi kita bernafas, kita terus berlari dan merencahi perjalanan dengan pelbagai watak yang kita sendiri menjadi penulis skrip, pengarah, penerbit serta pelakonnya.
Kehidupan di dunia hanyalah sebuah persinggahan sebelum kembali ke negeri akhirat yang kekal abadi. Kita bercucuk tanam dengan pahala sebagai bekal amalan untuk perjalanan yang jauh yang bakal diredahi liku ranjaunya. Dalam menempuh perjalanan itu, kita akan diberi berbagai ujian dari Yang Maha Pencipta sebagai tiket unuk menginap di syurga-Nya yang penuh dengan nikmat yang kekal abadi. Ujian -Nya adalah pelbagai bentuk ada susah,ada senang, ada derita, ada kebahagiaan dan pelbagai lagi.Sebagai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah kurniakan kepada kita dua panduan untuk di rujuki iaitu Al-Quran dan sunnah. Semuga keduanya dapat memimpin kita menjalani kehidupan di dunia ini.
Pernahkah kita terfikir bagaimanakah kehidupan kita di akhirat kelak? Tentulah ia sebuah kehidupan yang kekal abadi kerana tiada lagi kematian selepas kematian di dunia. Dapatkah kita bayangkan apa yang bakal kita hadapi di alam barzakh iaitu sesi soal-jawab dengan malaikat Mungkar dan Nangkir, juga saat perhitungan amalan di Padang Mahsyar? Kita pasti akan melalui titian Siratul Mustaqim untuk menentukan sama ada kita tinggal di syurga atau neraka. Neraca Mirzan menjadi perhitungan segala aksi dan babak yang kita lakonkan semasa di dunia.
Wahai muslimin dan muslimat yang di kasihi kerana Allah marilah kita terus berusaha untuk lebih tekun mengerjakan amal kebaikkan sebagai bekal menuju akhirat kelak selagi kita tidak di jemput pulang. Setiap yang berjiwa akan merasai mati dan sesungguhnya pada hari Qiamat sajalah akan di sempurnakan pahala kita. Barang siapa yang di jauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam syurga sungguh ia akan beruntung dan kehidupan di dunia ini hanyalah suatu kesenangan yang memperdayakan.
Renungilah masa depan kita yang belum pasti jalan penghujungnya dengan akal dan fikiran yang waras sebelum terlambat. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan, apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang sahaja. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat di temui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
Akhir bicara maaf di pinta andai ada hati insan yang terguris dengan catatan ini kerana bimbang ajal akan datang menjemput dan tiada ada lagi kesempatan untuk memohon maaf.
Sudah menjadi kewajiban setiap orang mencintai Rasulullah melebihi cintanya kepada semua makhluk. Buah cinta itu sangat agung dan besar yang boleh di nikmati sewaktu berada di dunian dan di akhirat. Namun, masih ramai umat Islam hari ini yang keliru dalam memahami cinta kepada Rasulullah.Ianya bukan hanya sekadar sebutan di mulut sahaja tetapi dengan membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya.
Rasulullah saw adalah rasul pilihan Allah yang di utuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah iaitu menegakkan ma'ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah
Ketika manusia sedang lemas tengelam dan berada di ambang kehancuran, Allah mengutus Nabi Muhammad saw untuk membangkitkan semula manusia dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah saw memecahkan belengu jahilliyyah dan khurafat serta mengajak manusia kepada kebenaran. Firman Allah swt yang bermaksud: "... yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu yang ada pada mereka". (Al-A'raf;157)
Nabi Muhammad saw begitu menyintai kita sebagai umatnya dalam setiap masa dan ketika ini terbukti dengan jelas dan nyata umpamanya sebagai seorang sahabat Baginda sering mengutamakan para sahabat dalam segala segi, sebagai seorang imam Baginda selalu mengambil berat tentang ahli jemaahnya, begitu juga sebagai seorang suami, ayah dan datok dan yang paling menyentuh hati ialah ketika roh yang mulia itu di jemput oleh malaikat Izrail,Baginda masih mengasihi dan menyayangi kita sebagai umatnya sehingga sempat Baginda memohon kepada Allah agar kita tidak merasai kesakitan sewaktu roh di cabutkan dari badan.
Sebagai umatnya adakah cinta kita sehebat cinta Baginda terhadap kita atau cinta kita hanya bermusim atau di waktu-waktu tertentu sahaja?. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Demi dzat yang jiwaku ada di tanganNya, tidaklah di antara kalian beriman sehingga aku lebih dicintai daripada segalanya". (Riwayat Bukhari).
Orang yang mencintai Rasulullah saw akan mendapat hasilnya sewaktu di dunia lagi apatah lagi di akhirat nanti. Ia dapat mendatangkan kemanisan iman di dunia ini dan akan dapat tinggal bersama Nabi saw di akhirat nanti.Tanda mencintai Nabi saw adalah dengan membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya serta rindu ingin bertemu dengannya. Maka untuk mewujudkannya ia menerahkan jiwa dan harta kekayaannya(Sahih Muslim-Nawawi)
Ibnu Hajar pula berkata, tanda cinta kepada Nabi saw adalah seandainya disuruh memilih di antara kehilangan dunia atau Rasulullah saw, maka ia lebih memilih kehilangan dunia daripada kehilangankesempatan unuk melihat Baginda. Ia berasa lebih berat kehilangan Rasul daripada kehilangan kenikmatan dunia. Maka orang seperti ini mendapat sifat kecintaan-Fathul Bari.
Semoga Allah SWT meletakkan hati kita mencintai Rasulullah SAW sepertimana para sahabat Rasulullah SAW.
Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang akan datang sesudah kalian. Mereka beriman kepadaku walaupun mereka tidak melihatku.
Mereka membenarkan aku tanpa pernah melihatku.
Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu (Quran dan Hadits).
Mereka bela aku seperti kalian membela aku.
Alangkah ingin berjumpanya aku dengan ikhwanku itu”.
(Petikan Hadis Rasulullah SAW)
Semoga kita terdiri daripada salah seorang yang dimaksudkan dalam hadis diatas.
"Aku Redha Allah Tuhanku,
Islam Agamaku
dan Muhammad Nabi dan Rasulku".
Amin.
Hidup bukan selama-lamanya dan kematian itu bukan penghujungnya.
Kita hidup dan kita akan pasti berdepan dengan kematian dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah swt, dimana setiap amalan kita akan di bentangkan. Jika amalan kebaikan kita lebih berat timbangannya maka syurga dengan segala kenikmatannya sedang menanti kita. Jika amalan keburukan kita lebih berat timbangannya maka neraka jahanamlah kesudahan kita.
Inilah prinsip hidup mukmin; Dunia ini adalah ladang Akhirat. Jika di dunia ini kita menanam pohon-pohon yang baik maka di Akhirat nanti kita akan menuai buah-buahan yang harum dan manis. Tetapi jika dunia ini menjadi ladang maksiat dan keengkaran maka akhirat akan menjadi medan penyesalan dan penyiksaan yang tiada penghujungnya.
Inilah nilai hidup mukmin; Kebaikan akan di balas kebaikan manakala keburukan akan di balas keburukan, tidak ada seorangpun akan terlepas dari balasan bagi apa yang di kerjakan semasa hidupnya di dunia.
Inilah batasan hidup mukmin; Ketaatan dan ketakwaan akan mengundang rahmat dan keredhaan Allah swt, manakala pengingkaran akan berakhir dengan kemurkaan dan kedukaan.
Inilah neraca kita; Setiap yang kita lakukan akan ada balasannya. Kehidupan ini merupakan medan ubudiyyah kita kepada Allah swt. Segala ketaatan dan keingkaran kita akan dinilai seadil-adilnya dengan nilaian Robbani. Segala kesempitan yang kita hadapi dengan penuh sabar dan pasrah akan ada ganjarannya.
Tiada ada yang akan dizalimi oleh Allah swt, dunia bukan segala-galanya dan ukuran utama kita. Kejayaan sebenar ialah kejayaan di akhirat, begitu juga kerugian yang nyata ialah kerugian di hari kita kembali kepada Allah dengan tangan kosong.
Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.
Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.
Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:
"Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."
Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.
Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.
Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.
Kadangkala,kaum lelaki sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kaum lelaki semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah kaum lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.
Ingatlah wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."
Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.
Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah.
Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
Sifat-sifat isteri solehah:
1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama... Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan... Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga... Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah.... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar.... Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah....
Wahai suami.... Jagai dan lindungilah diriku... Selamatkanlah daku dari godaan duniawi.... Sematkanlah di hatimu sedikit kasih untukku..... Semailah hati ini dgn cinta yg mewangi... Hiasilah syurga kita dgn kasih sayangmu.. Pimpinlah daku ke syurga.... Jadikanlah daku isteri solehah.... Isteri adalah satu amanah dari yang Maha Esa Walaupun Isteri yg kamu nikahi... Tidak semulia Khadijah Tidak setakwa Aisyah Pun tidak setabah Fatimah
KEBERKATAN UMUR
BERSABDA NABI S.A.W.:
"SESIAPA YANG BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPANYA(MAKA) BERBAHAGIALAH BAGINYA DAN ALLAH AKAN MENAMBAH(KEBERKATAN) DALAM UMURNYA."( RIWAYAT IMAM BUKHARI)
Bertemu dan berpisah
Siapalah kita, tidak mampu mengatur pertemuan tapi Allah takdirkan jua kita berjumpa di sini, di bumi-Nya fikrah dan jiwa kita subur dengan persahabatan yang luhur. Siapalah kita tidak berupaya menahan perpisahan tapi Allah takdirkan juga kerana di hati telah bertaut pada ukhuwah-Nya walaupun jauh di mata tetap teguh abadi di jiwa. Insya-Allah, apabila di tanya siapa kita' kita adalah insan yang redha dengan pertemuan dan perpisahan yang diatur Allah.
Alangkah manisnya hidup dalam keiklasan bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan berkorban demi seorang yang bernama sahabat .
ESOK MILIK SIAPA
Semalam telah pergi dari sanubari Bersama lipatan kisah seribu liku Esok memang tidak pernah menjanjikan apa-apa Namun ingatlah janji Khalik itu benar belaka Akan rugilah buat yang tidak pernah endah pada waktu Tapi lihatlah betapa bahagia yang mengisi masa Dalam ketaakulan beramal bersama ilmu dan takwa Oleh itu terjawablah soalan ini Bahawa esok adalah buat mereka yang tidak leka Mengatur langkah bersama derap masa Yang pasti aku tidak akan berdiri di sini lagi Kerana itu adalah derap jantung nadiku.