BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Sabtu, 20 Februari 2010

DI SEBALIK KEHIDUPAN

Hidup bukan selama-lamanya dan kematian itu bukan penghujungnya.

Kita hidup dan kita akan pasti berdepan dengan kematian dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah swt, dimana setiap amalan kita akan di bentangkan. Jika amalan kebaikan kita lebih berat timbangannya maka syurga dengan segala kenikmatannya sedang menanti kita. Jika amalan keburukan kita lebih berat timbangannya maka neraka jahanamlah kesudahan kita.

Inilah prinsip hidup mukmin; Dunia ini adalah ladang Akhirat. Jika di dunia ini kita menanam pohon-pohon yang baik maka di Akhirat nanti kita akan menuai buah-buahan yang harum dan manis. Tetapi jika dunia ini menjadi ladang maksiat dan keengkaran maka akhirat akan menjadi medan penyesalan dan penyiksaan yang tiada penghujungnya.

Inilah nilai hidup mukmin; Kebaikan akan di balas kebaikan manakala keburukan akan di balas keburukan, tidak ada seorangpun akan terlepas dari balasan bagi apa yang di kerjakan semasa hidupnya di dunia.

Inilah batasan hidup mukmin; Ketaatan dan ketakwaan akan mengundang rahmat dan keredhaan Allah swt, manakala pengingkaran akan berakhir dengan kemurkaan dan kedukaan.

Inilah neraca kita; Setiap yang kita lakukan akan ada balasannya. Kehidupan ini merupakan medan ubudiyyah kita kepada Allah swt. Segala ketaatan dan keingkaran kita akan dinilai seadil-adilnya dengan nilaian Robbani. Segala kesempitan yang kita hadapi dengan penuh sabar dan pasrah akan ada ganjarannya.

Tiada ada yang akan dizalimi oleh Allah swt, dunia bukan segala-galanya dan ukuran utama kita. Kejayaan sebenar ialah kejayaan di akhirat, begitu juga kerugian yang nyata ialah kerugian di hari kita kembali kepada Allah dengan tangan kosong.

4 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam..:)

Begitulah harapan kita sentiasa agar kita dengan izinNYA dapat melaksanakan perintahNYA dengan penuh keikhlasan dan menjauhi segala laranganNYA, tidak lain selain mengharapkan redhaNYA dan kita kembali kepadaNYA dengan redha.

Aidil Fadzil berkata...

salam,

semoga kita berbahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Rashid berkata...

hmm hmm.. kita semua ini hanya 'tetamu senja'. Tika nanti akan bawa bersama bekalan..

sekuntum mawar berduri berkata...

Salam... Razak

Semuga Allah sentiasa memberi petunjuk dan panduan kepada kita untuk terus berusaha mencari redhaNya.


Salam...Aidil

Semoga Allah memperkenankan doa yang tulus ikhlas dari hambaNya.

Salam...Rashid

Marilah kita sama-sama berusaha agar bekalan kita nanti dapat menghindar kita dari api neraka yang menyala-nyala untuk menuju syurga yang penuh dengan nikmat yang tidak dapat di bayangkan oleh akal manusia.