BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Rabu, 24 Februari 2010

Adakah cinta kita bermusim


Sudah menjadi kewajiban setiap orang mencintai Rasulullah melebihi cintanya kepada semua makhluk. Buah cinta itu sangat agung dan besar yang boleh di nikmati sewaktu berada di dunian dan di akhirat. Namun, masih ramai umat Islam hari ini yang keliru dalam memahami cinta kepada Rasulullah.Ianya bukan hanya sekadar sebutan di mulut sahaja tetapi dengan membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya.

Rasulullah saw adalah rasul pilihan Allah yang di utuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah iaitu menegakkan ma'ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah

Ketika manusia sedang lemas tengelam dan berada di ambang kehancuran, Allah mengutus Nabi Muhammad saw untuk membangkitkan semula manusia dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah saw memecahkan belengu jahilliyyah dan khurafat serta mengajak manusia kepada kebenaran. Firman Allah swt yang bermaksud:
"... yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu yang ada pada mereka". (Al-A'raf;157)

Nabi Muhammad saw begitu menyintai kita sebagai umatnya dalam setiap masa dan ketika ini terbukti dengan jelas dan nyata umpamanya sebagai seorang sahabat Baginda sering mengutamakan para sahabat dalam segala segi, sebagai seorang imam Baginda selalu mengambil berat tentang ahli jemaahnya, begitu juga sebagai seorang suami, ayah dan datok dan yang paling menyentuh hati ialah ketika roh yang mulia itu di jemput oleh malaikat Izrail,Baginda masih mengasihi dan menyayangi kita sebagai umatnya sehingga sempat Baginda memohon kepada Allah agar kita tidak merasai kesakitan sewaktu roh di cabutkan dari badan.

Sebagai umatnya adakah cinta kita sehebat cinta Baginda terhadap kita atau cinta kita hanya bermusim atau di waktu-waktu tertentu sahaja?. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Demi dzat yang jiwaku ada di tanganNya, tidaklah di antara kalian beriman sehingga aku lebih dicintai daripada segalanya". (Riwayat Bukhari).

Orang yang mencintai Rasulullah saw akan mendapat hasilnya sewaktu di dunia lagi apatah lagi di akhirat nanti. Ia dapat mendatangkan kemanisan iman di dunia ini dan akan dapat tinggal bersama Nabi saw di akhirat nanti.Tanda mencintai Nabi saw adalah dengan membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya serta rindu ingin bertemu dengannya. Maka untuk mewujudkannya ia menerahkan jiwa dan harta kekayaannya(Sahih Muslim-Nawawi)

Ibnu Hajar pula berkata, tanda cinta kepada Nabi saw adalah seandainya disuruh memilih di antara kehilangan dunia atau Rasulullah saw, maka ia lebih memilih kehilangan dunia daripada kehilangankesempatan unuk melihat Baginda. Ia berasa lebih berat kehilangan Rasul daripada kehilangan kenikmatan dunia. Maka orang seperti ini mendapat sifat kecintaan-Fathul Bari.

Semoga Allah SWT meletakkan hati kita mencintai Rasulullah SAW sepertimana para sahabat Rasulullah SAW.



Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang akan datang sesudah kalian.
Mereka beriman kepadaku walaupun mereka tidak melihatku.
Mereka membenarkan aku tanpa pernah melihatku.
Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu (Quran dan Hadits).
Mereka bela aku seperti kalian membela aku.
Alangkah ingin berjumpanya aku dengan ikhwanku itu”.
(Petikan Hadis Rasulullah SAW)



Semoga kita terdiri daripada salah seorang yang dimaksudkan dalam hadis diatas.

"Aku Redha Allah Tuhanku,
Islam Agamaku
dan Muhammad Nabi dan Rasulku".
Amin.



1 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam..:)

Allah menunjuk Rasulullah s.a.w. sebagai teladan terbaik manusia sepanjang zaman. Sebagai umatnya, masihkah kita berteladankan kehidupan Rasulullah s.a.w? Akankah seluruh rasa cinta Rasulullah s.a.w. kepada umatnya kita balas dengan tidak sedikit pun mengambil kehidupannya sebagai teladan kita? Jawabannya ada pada hati kita semua.