BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Jumaat, 26 Februari 2010

Menghadap Hari Esok



Pernahkah terlintas di benak kita bahawa kitalah pelakon yang sedang beraksi di pentas dunia ini? Kita menangis, ketawa, gembira, berduka, tenang dan gelisah sehingga tiba saatnya, kita menjadi kaku tanpa apa-apa aksi. Selagi kita bernafas, kita terus berlari dan merencahi perjalanan dengan pelbagai watak yang kita sendiri menjadi penulis skrip, pengarah, penerbit serta pelakonnya.


Kehidupan di dunia hanyalah sebuah persinggahan sebelum kembali ke negeri akhirat yang kekal abadi. Kita bercucuk tanam dengan pahala sebagai bekal amalan untuk perjalanan yang jauh yang bakal diredahi liku ranjaunya. Dalam menempuh perjalanan itu, kita akan diberi berbagai ujian dari Yang Maha Pencipta sebagai tiket unuk menginap di syurga-Nya yang penuh dengan nikmat yang kekal abadi. Ujian -Nya adalah pelbagai bentuk ada susah,ada senang, ada derita, ada kebahagiaan dan pelbagai lagi.Sebagai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah kurniakan kepada kita dua panduan untuk di rujuki iaitu Al-Quran dan sunnah. Semuga keduanya dapat memimpin kita menjalani kehidupan di dunia ini.

Pernahkah kita terfikir bagaimanakah kehidupan kita di akhirat kelak? Tentulah ia sebuah kehidupan yang kekal abadi kerana tiada lagi kematian selepas kematian di dunia. Dapatkah kita bayangkan apa yang bakal kita hadapi di alam barzakh iaitu sesi soal-jawab dengan malaikat Mungkar dan Nangkir, juga saat perhitungan amalan di Padang Mahsyar? Kita pasti akan melalui titian Siratul Mustaqim untuk menentukan sama ada kita tinggal di syurga atau neraka. Neraca Mirzan menjadi perhitungan segala aksi dan babak yang kita lakonkan semasa di dunia.

Wahai muslimin dan muslimat yang di kasihi kerana Allah marilah kita terus berusaha untuk lebih tekun mengerjakan amal kebaikkan sebagai bekal menuju akhirat kelak selagi kita tidak di jemput pulang. Setiap yang berjiwa akan merasai mati dan sesungguhnya pada hari Qiamat sajalah akan di sempurnakan pahala kita. Barang siapa yang di jauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam syurga sungguh ia akan beruntung dan kehidupan di dunia ini hanyalah suatu kesenangan yang memperdayakan.


Renungilah masa depan kita yang belum pasti jalan penghujungnya dengan akal dan fikiran yang waras sebelum terlambat. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan, apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang sahaja. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat di temui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.


Akhir bicara maaf di pinta andai ada hati insan yang terguris dengan catatan ini kerana bimbang ajal akan datang menjemput dan tiada ada lagi kesempatan untuk memohon maaf.






1 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam...

Andaikata kita mampu mendidik diri bahawa kita sentiasa diawasi oleh Allah Azza wa Jalla maka kita akan sentiasa mengawasi pergerakan kita, selalu merasa bimbang apa yang kita lakukan akan mendatangkan kemurkaan Allah. Moga terbit rasa di hati perasaan begitu kita sentiasa terjaga dari melakukan maksiat kepada Allah SWT