BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Rabu, 30 Disember 2009

Bukan Senang Menjaga Niat Baik

GlitterFly.com - Customize and Share your images



Setiap awal tahun ramai yang akan memasang bermacam-macam niat. Tidak kira berapa jumlah niat sekalipun, usaha menjaga niat sebenarnya lebih susah semasa dan selepas melaksanakannya. Biar niat sikit tapi buatlah dalam keadaan yang cukup konsisten. Cabaran yang paling susah apabila kita diuji dengan kesenangan atau kesusahan. Diuji dengan kesenangan, takut kita jadi riak dan bangga. Diuji dengan kesusahan, takut pula kita banyak keluh kesah. Tapi memang itulah hakikat kehidupan ini.

Macam mana nak kawal diri agar lurus niat kita? Allah berpesan, kunci menjaga hati agar selamat ialah dengan banyak mengingati mati yang datang secara tiba-tiba. Firman Allah swt yang bermaksud:
" Dialah yang menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa( dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun ( bagi orang yang bertaubat). (Al- Mulk:2)

Kenapa dalam ayat ini disebut mati dahulu? Allah hendak memberitahu kita bahawa matlamat kita hidup di dunia ini adalah untuk menuju hari kematian.

Allah beri peringatan ini kerana kita sebagai manusia selalunya mudah terlupa apabila kemewahan sudah berada di tangan. Jadi jika kita sentiasa mengingati mati maka kerja di dunia akan di buat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

Dalam ayat ini juga Allah menyuruh kita supaya membuat sesuatu dengan cara yang terbaik, Walaupun kerja yang di buat itu nampak kecil di mata masyarakat contohnya sebagai tukang sapu, tapi tugasan membersih itu besar kesannya kerana ia memberi kesan baik pada kesihatan dan ketenangan pada jiwa.

Sebagai isteri, walau kerja di rumah tak pernah habis, tapi apabila niat nak buat bersungguh-sungguh dan ikhlas maka ia akan dapat memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada seisi rumah. Itu juga akan di kira sebagai ibadah. Kesan dari ketenangan itu, mudah-mudahan akan mendorong suami dan anak-anak menjadi hamba Allah yang baik.

Dalam minda para sahabat telah di tanam apabila buat sesuatu mesti yang terbaik. Dalam melakukan solat,Nabi tekankan hubungan terus dengan Allah. Dalam memenuhi tuntutan berjemaah pula, Nabi saw beri penekanan hubungan dengan sesama manusia.Dengan melakukan solat berjemaah maka kita akan kenal siapa rakan di kiri dan kanan. Dapat kenal siapa orang baru yang bertandang di masjid. Apabila Nabi nampak muka baru mendatangi masjid, lalu Nabi akan tanyakan siapakah yang hendak melayan tetamu itu bagi pihak Baginda. Masing-masing berebut untuk menjadi wakil kepada Baginda untuk meraikan tetamu walaupun mereka tahu rumah mereka tak punya makanan yang mewah.Mereka akan raikan tetamu tadi dengan cara yang terbaik sehingga ramai yang tertarik dengan akhlak para sahabat.

Hari ini, suasana seperti itu amat jarang dapat kita temui. Dalam hidup kita yang sangat singkat ini, rebutlah peluang untuk berbuat baik sebanyak dan sebaik mungkin. Jaga niat agar amalan dinilai oleh Allah. Biar niat yang di pasang pada awal tahun ini cuma satu, iaitu buatlah kerja tapi dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beramal ibadatlah dengan sebanyak-banyaknya seolah-olah kita akan mati esoknya. Mudah-mudahan hidup kita akan lebih bermakna lagi di tahun yang baru ini berbanding tahun yang telah lepas.

Selamat menyambut tahun baru 2010.


Isnin, 21 Disember 2009

KHASIAT TEH




TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.

Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.


Teh boleh di minum begitu saja atau di campur dengan bahan lain mengikut keperluan badan kita.Umpamanya untuk menambah stamina teh boleh di campur dengan madu, untuk menyejukkan badan teh boleh di campur dengan daun pudina dan untuk membuang lemak yang berlebihan teh boleh di campur dengan limau atau lemon.

Untuk kecantikkan pula serbuk teh yang telah di gunakkan boleh melembutkan kulit tangan yang kasar jika rajin mengamalkannya.Selepas di gunakan, serbuk teh tadi boleh di letakkan di dalam pasu bunga untuk di jadikan baja.Begitulah bergunanya daun teh untuk kita jika kita mengetahunya. Jika ada kegunaan yang lain boleh kita berkongsi bersama di sini.





Khamis, 17 Disember 2009

Salam maal hijrah 1431h


Selamat menyambut maal hijrah 1431h, bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang untuk kita menikmati erti sebenar kehidupan ini.Tetapi jangan kita lupa bahawa Allah telah berfirman yang bermaksud:
" Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui." (Al-Ankabut 64).


Ya Allah wahai tuhan kami berikanlah kepada kami kebaikan dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Orang yang beriman selalu ada Rabithah (tautan) Hati antara mereka, tak perlu bersua kerana mereka sering bertemu dalam cintaNya. Ia di takdirkan dengan kebetulan yang sering tak disengajakan. Hadiah dari yang Maha Pencipta buat hambaNya tersenyum gembira. Bersyukurlah,atas nikmat kasih sayangNya yang tak ternilai untuk hamba-hambaNya yang beriman.

Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.

Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali.

Kelmarin yang luput menjadi secebis kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan. Yang ada hanya hari ini dan hari mendatang. Gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi selama-lamanya...SALAM MAAL HIJRAH.

Isnin, 14 Disember 2009

Sarapan pagi baik untuk kesihatan



PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ?rahsia? di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.

Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan kepada sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Mulai hari ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!


Ahad, 13 Disember 2009

HATI - HATI



Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:-


a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam



Khamis, 10 Disember 2009

WIBAWA LELAKI DALAM TERAJU RUMAH TANGGA


Telah sering diperkatakan perlunya seorang isteri taat dan patuh kepada suami. Hormat dan memuliakan suami, hingga disebutkan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud:
"Seandainya aku boleh memerintahkan kepada manusia bersujud kepada manusia lain, aku akan perintahkan para isteri untuk bersujud kepada suami mereka kerana besarnya hak suami yang di anugerahkan Allah atas mereka"(Riwayat Termizi).

Ertinya, suami adalah tempat menumpahkan ketaatan, kesetiaan dan khidmat bakti. Di situlah ruang bagi seorang isteri mendapatkan keredhaan Allah swt dan menerima janji syurga. Demikian tingginya kedudukan suami hingga isteri di suruh patuh tanpa berbelah bahagi selagi tidak menyimpang dari jalan Allah swt.

Namun begitu, hubungan antara pemimpin(suami) dan orang yang di pimpin(isteri) adalah hubungan timbal balik. Andainya isteri di suruh patuh kepada suami, maka suami perlulah memelihara wibawa kepimpinannya untuk melayakkan dirinya dipatuhi, disayangi dan dihormati dengan sepenuh hati.

Dengan kata lain, suami juga ada peranan untuk menarik kepatuhan dan penghormatan yang sepenuhnya dari isteri. Agar rasa hormat dan patuhnya si isteri itu bukan semata-mata kerana memenuhi kewajipan mematuhi, menghormati dan memuliakan suami, tapi kerana suami sendiri memperlihatkan sikap dan keperibadian luhur yang mengundang rasa hormat tanpa di paksa-paksa.

Sebagai manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta mengalami pasang surutnya iman maka isteri juga memerlukan sokongan suami untuk mematuhi perintah Allah swt, termasuklah dalam memberi ketaatan dan khidmat bakti kepada suami tercinta. Oleh itu, wibawa dan daya kepimpinan suami perlulah menyerlah supaya lebih mudah dan lebih terbuka hati isteri untuk taat dan hormat.

Andainya pada diri suami tidak ada ciri-ciri sebagai ketua keluarga yang berwibawa maka agar sukar untuk menarik isteri dan anak-anak patuh serta hormat kepadanya. Walaupun rasa hormat dan patuh kepada suami serta ayah itu wajib, tetapi dalam keadaan suami atau ayah tidak memperlihatkan wibawanya sebagai pemimpin dalam rumah tangga maka isteri dan anak-anak mungkin hanya hormat dan patuh secara fizikal sahaja tetapi bukan dari hati yang penuh rela.

Di sinilah pentingnya wibawa dan daya kepimpinan seorang lelaki dibina dan di suburkan di dalam rumah tangga. Wibawa sebenar seorang lelaki itu dapat di lihat bila dia berada bersama ahli keluarganya,dia akan dihormati, di dengari kata-katanya, di sayangi dan di banggai oleh anak isteri tanpa di minta dan di suruhi. Menjadi tempat untuk berpaut, tempat rujukkan, tempat untuk berteduh, tempat mencari damai dan menjadi contoh teladan kepada anak isterinya.

Persoalan ini penting untuk difahami oleh para lelaki yang bergelag suami dan ayah. Kepimpinan mereka dalam rumah tangga akan menentukan halatuju, keselamatan, kesejahteraan dan nasib masa depan seluruh ahli keluarganya, bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Ini di peringatkan oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:
" Hai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu..."(At-Tahrim:6).

Sukar bagi seorang ketua keluarga untuk memelihara dan menyelamatkan dirinya dan ahli keluarganya dari seksa neraka jika dia gagal menegakkan kepimpinan yang berwibawa dan di redhai dalam rumah tangganya. Seorang suami perlu ditaati dan didengari cakapnya bukan sekadar di sayangi. Seorang ayah perlu di hormati dan di sanjung, bukan untuk di takuti. Hanya dengan itu mereka dapat memimpin, membimbing dan mendidik anak isteri dengan berkesan untuk menuju keredhan Allah swt.


Ahad, 6 Disember 2009

MENGEMBARA DI BUMI ALLAH


Majlis akad nikah anak saudara sepupu sebelah suami yang di adakan di felda Kulai, Johor pada hari raya korban yang ketiga.Kami bertolak dari perlis pada hari raya kedua seawal jam lima pagi dan sampai di rumah kakak , di Kajang pada pukul 11, rehat sebentar sementara menunggu kereta yang lain sampai.Kami sampai di Johor lebih kurang pada pukul 9 mlm.

Majlis mengalungkan rantai leher setelah selesai akad nikah.Semuga Allah memberkatimu dan memberkati atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikkan.
Majlis selesai pada sebelah petang dan rombongan yang datang dari perlis pun pulang dengan haluan masing-masing ada yang singgah kat Nilai, Kuala Lumpur dan kami sekeluarga pergi rumah adik suami yang tinggal di taman saujana. bermalam di rumah adik selama dua malam,selepas itu kami bertolak ke Melaka pula.


Bawa anak-anak melawat zoo Melaka semoga mereka dapat melihat hidupan liar yang ada di Malaysia dengan lebih dekat dan merenungi betapa cantik dan sempurnanya ciptaan Allah swt dengan keistimewaan masing-masing.

Pergi melawat kat taman mini malaysia, ini bukan keinginan anak-anak ,tapi umminya yang beria-ia sebab suka melihat rumah-rumah antik yang ada di sana terasa diri berada di zaman datuk dan nenek dulu-dulu, kalau ada rezeki ingin juga nak bina sebuah rumah seperti yang terdapat di taman mini itu.

Kak chik dan adik sedang menunggang kuda yang ada di zoo Melaka.

Adik sedang mengayuh beca membawa kak chik bersiar-siar kat taman mini Malaysia, berhati-hati nanti terjatuh pula.
Di Melaka kami sempat pergi melawat bandarnya yang bersejarah dan menaiki eye on Malaysia, Melaka river cruise dan menara Taming sari untuk memberi peluang anak-anak berfikir bahawa mereka amat bertuah dapat hidup di negara yang aman damai berbanding dengan kanak-kanak di negara lain. Pada ke esokkannya kami bertolak pulang dan singgah di Cameron Highland pula.


Sampai di Cameron Highland lebih kurang jam 9 mlm. Hujan turun di sepanjang perjalanan kami menuju kesana, suhunya mencecah 16'c.
Pada sebelah paginya hujan masih turun tetapi hanya gerimis sahaja jadi dapatlah kami berjalan-jalan melihat keindahan Cameron sambil menikmati makanan yang berasaskan strawberry seperti salad, pai dan ais krim. Ana memang suka pergi Cameron kerana dapat melihat bermacam-macam jenis sayur-sayuran,buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sana. Bermacam-macam jenis buah dan anak benih ana beli dan cuba tanam kat rumah ada yang hidup dan ada yang mati.Pokok Avorkador dan blue berry hidup tapi masih tak mengeluarkan buah,pokok rosemarry dan stivia mati ,mungkin cuacanya tak sesuai.

Adik Fathul Bari sedang menikmati makanan dengan kak chik dan kak izza.Masyaallah air paip di sana sejuknya macam air yang di letak di dalam peti sejuk kalau tak ada pemanas air tentu tak kuasa nak mandi. Walaupun hujan turun tak henti-henti dan cuacanya mencecah 15'c tetapi masih ramai pelancong yang datang termasuklah kami sekeluarga.