BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Sabtu, 30 Mei 2009

WANITA ...ANUGERAH ISTIMEWA DARI ALLAH UNTUK DIKASIHI

Jangankan lelaki biasa,Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah, Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam Syurga?.Namun Adam tetap rindukan Hawa...Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk di luruskan oleh lelaki,Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT,kerana mereka di ciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan dariNya,jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,kerana nantinya mereka akan semakin liar,jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,kerana nantinya mereka akan semakin derita.Kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal.Di situ punca kekuatan dunia!Akal senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu,Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman,Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak,suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan dinilai .Bisikkan ketelinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan ia bukan diskrimansi Allah,Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah.Wanita lupa yang hakikat kejadiannya,pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan,Tanpa iman, ilmu dan akhlak.mereka tidak akan lurus,bahkan akan semakin membengkok.Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya.Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunai lelaki akan menjadi huru-hara.Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,Tapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,pimpinlah diri kepadaNya.Jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya Ia akan jinakkan segala-galanya di bawah pimpinanmu.Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

Jumaat, 29 Mei 2009

mendirikan masjid


perkahwinan sepupu hubby,pengatinnya ialah Rosmyra dengan Wan, ini majlis yang di adakan di sebelah pengantin lelaki di Kelantan Darul Naim.
Bergambar kenangan dengan kakak ipar dan anak saudara pengantin perempuan,tersenyum gembira sang mempelai semuga kekal hingga ke akhir hayat hendaknya,amin
bapak saudara pengantin perempuan(Pak teh Rahim)bergaya dengan baju batiknya mesti made in kelantan ni.
Kak cik tumpang bergaya bergambar dengan tok su Syahrum wakil dari penganti perempuan juga,kalau sebut kelantan semua hendak pergi.Rombongan dari perlis(pengantin perempuan) datang sebuah bas.



Khamis, 28 Mei 2009

permata yang menyinari hidupku

Fathul Bari(adik) dilahirkan pada 13.11.07 kehadiran dalam hidup kami amat dihargai dan di nantikan ,terimakasih ya Allah atas kurniaan yang amat bermakna ini.

Ya Allah bantulah kami untuk mendidik adik menjadi anak yang soleh,beriman dan berakhlak mulia yang dapat mendo'akan kami di akhirat kelak.Semuga adik dapat menjadi perlindung kepada kakak2nya kelak.
Ya Allah terimakasih, kerana memberi kami kesempatan untuk merasai nikmat sebagi ummi dan abah kepada anak2 yang soleh dan solehah.Semuga kalian beroleh kejayaan didunia dan akhirat.Amin
Nur Annida(kak cik) semoga menjadi anak ,adik & kakak yang solehah,kami semua sayang kepada kak cik.Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana sehingga pada saat ini kita masih berada disini kita masih bernafas, masih dapat bersama ummi dan abah ,kakak dan adik dan masih dapat ke sekolah belajar bersama kawan2.Peluang untuk belajar dan ke sekolah adalah nikmat Allah yang patut kak cik syukuri.Laksanakan tanggungjawab kak cik sebagai pelajar sebaik2nya.Lupakan soal penat dan letih atau masa untuk berseronok dan bermain kerana masa belajar, belajarlah bersungguh2 kerana Allah suka umat Nya yang terpelajar.Selesaikan tanggungjawab kak cik dahulu. Pengorbanan yang kak cik lakukan pada hari ini akan menentukan corak dan gaya hidup kak cik pada masa akan datang.Selain menuntut ilmu keduniaan, jangan lupa ilmu akhirat kerana ia juga berguna untuk kesejahteraan hidup di hari muka.Sesungguhnya menuntut ilmu juga merupakan satu ibadah ,namun ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.Rasulullah sendiri ada bersabda 'tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat'maksudnya tuntulah ilmu hingga keakhir hayat.oleh itu berusahalah kak cik untuk memenuhi ilmu di dada bagi mencapai cita2 kak cik menjadi seorang DOKTOR PAKAR.hendaklah kak cik berakhlak mulia tidak kira dengan siapa atau di mana sahaja ,berkasih sayang sesama saudara jangan ujudkan pemusuhan kerana Allah marah dan tidak redza kepada orang yang memusuhi saudara sendiri.Akhlak mulia dikenang orang sepanjang hayat.Akhlak mulia ibarat bunga, semua orang suka, Allah dan Rasul pun suka .SELAMAT BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.AMIN.
Tahniah atas kejayaan,dalam SPM yang lalu semoga kejayaan kakak(Nurul Izza) menjadi contoh kepada adik2 dan selamat menyambung penyajian di UDIM(Universiti Darul Iman Malaysia.Semoga kakak dapat menyesuaikan diri di tempat orang nanti kerana inilah kali pertama kakak berada berjauhan dari kami,ingatlah! walau dimana pun kakak berada ,Allah tetap bersama seiring dengan do'a dari kami semua. Jika kakak bersedih pandanglah ke langit, ingatlah Allah masih ada...jika keresahan,renunglah ke dasar hati,yakinlah Allah mencipta hati...jika berputua asa, lihatlah sungai yang mengalir walau di halang batuan keras ia tetap mengalir...jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta.percayalah Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu itu... jika rasa tersisih lihatlah purnama di malam sepi,yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendirian...jika segalanya tidak pasti, serahkan kepada Allah yang maha mengetahui yang tersirat mahu pun tersurat, semoga jawapannya akan kakak temui.Ingatlah Allah sentiasa memberi yang terbaik namun ada kalanya Allah memberi sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikkan itu.Sayangilah adik2 sebagai mana kami sayangi kakak,mereka memerlukan kakak untuk membimbing mereka janganlah membiarkan mereka terawang2 tanpa panduan, bantulah mereka dengan kasih sayang dan kesabaran.Semuga Allah memberi ganjarannya di akhirat.Semuga kakak beroleh kejayaan didunia dan akhirat kelak.Amin.

Ahad, 24 Mei 2009

mencari damai dalam sebuah kenangan yang terindah

Khamis, 14 Mei 2009

WASIAT IMAM SHAFIE

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut:
HAK KEPADA DIRI iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
HAK KEPADA MALAIKAT MAUT iaitu mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.
HAK KEPADA KUBUR iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
HAK KEPADA MUNKAR NAKIR iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
HAK KEPADA MIZAN iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir,mengiklaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
HAK KEPADA SIRAT iaitu membuang tabiat suka mengumpat,wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
HAK KEPADA MALIK iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedekah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.
HAK KEPADARIDKWAN iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
HAK KEPADA RASULULLAH SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariatnya, bergantung dengan sunnahnya, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada ALLAH SWT.
HAK KEPADA ALLAH SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah ma
nusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Rabu, 6 Mei 2009

Pemikiran membentuk peribadi

Jarang manusia memikirkan apakah rahsia di sebalik alam yang terbentang luas ini.Terciptanya gunung-ganang,lautan yang luas saujana mata memandang,pergantian siang dan malam dan pelbagai fenomena yang menakjubkan;menandakan adanya kekuasaan Allah dan pentadbiran-Nya.Sedangkan berfikir mengenai hal ini akan mendidik hati kita untuk merasakan kebesaran Allah dan kelemahan diri kita.
Dalam Al-Qur'an sering terdapat kalimah-kalimah yang mengajak kita berfikir.
Berfikir boleh diibaratkan seperti melihat pada cermin yang bersih.Melalui cermin, kita dapat melihat,menilai sesuatu yang mana cantik yang mana buruk.Begitu juga dengan berfikir,diri kita terarah untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.
Oleh sebab itulah, diamnya orang yang berfikir lebih baik daripada orang yang banyak berkata tetapi tidak berfikir.Diamnya orang yang berfikir apabila bersuara mengucapkan kata-kata yang baik.Sesungguhnya kata-kata yang baik adalah zikir.
Satu perkara yang tidak ternilai harganya ialah ma'rifah tentang Allah S.W.T. Ini juga boleh dicapai dengan cara berfikir.Apabila otak berfikir dan disuluh dengan keimanan,hati akan mengenal Allah.Maka hati tidak akan tergamak melakukan maksiat.Dosa-dosa zahir dan batin pun akan berkurang.Oleh sebab itu,orang-orang yang beriman akan sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Allah kurnaikan kepadanya.
Apakah yang hendak difikirkan?Berfikirlah perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah.
Contohnya,fikirkan jasa orang lain kepada kita.Apabila memikirkan jasa dan pertolongan mereka,hati akan sangat berterima kasih dan berkeinginan untuk membalas jasa mereka.Berterima kasih kepada manusia juga hakikatnya bersyukur kepada Allah S.W.T.
Jika melihat orang tua,fikirkanlah tentang umur dan ajal.Jangan pula berfikir negatif.Sebaliknya fikirkan supaya setiap detik umur harus dihabiskan dengan perkara yang bermanfaat.Hati akan terdorong untuk menghisab diri dan menghalang diri daripada berterusan melakukan maksiat dan dosa.
Cendiakawan pernah berkata,"Jangan memikirkan tentang tiga perkara iaitu:
1.Kemiskinan
2.Aniaya orang lain kepada kita
3.Tinggal tetap di dunia."
Memikirkan kemiskinan dikhuatiri akan menghilangkan rasa redha terhadap pemberian-Nya.Memikirkan aniaya orang terhadap kita akan menyebabkan hati akan bertambah keras serta menyuburkan perasaan dendam. Dilarang memikirkan untuk tinggal tetap di dunia kerana ia akan membuatkan kita semakin gemar menghimpun harta serta menangguhkan amalan dan lalai daripada mengingati kematian yang pasti datang.
Walau bagaimanapun,masa berfikir biarlah bertempat.Malanglah manusia yang berfikir ketika mendirikan solat atau jika berfikir pun hanya pada perkara duniawi.
Antara waktu berfikir yang sesuai ialah ketika berseorangan dan ketika hendak tidur.Anggaplah tidur kita pada kali itu adalah tidur yang selama-lamanya.Ketika itu muhasabah dan bertaubatlah dengan dosa besar atau kecil yang mungkin dilakukan tanpa sengaja.
Sentiasalah berfikir agar dapat membangunkan jiwa serta peribadi mulia.Tajamkan fikiran dengan ilmu pengetahuan dan agama agar fikiran kita terarah kepada kebaikan.

Isnin, 4 Mei 2009

Mekap Muslimah Sejati

Jadikanlah"GHADUR BASHAR"(menundukkan pandangan)sebagai"Eye Shadow"anda,nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih.
Oleskan"LIPSTIK KEJUJURAN" pada bibir anda, pasti anda akan kelihatan lebih manis dan menawan.
Gunakanlah"PEMERAH PIPI"anda dengan kosmetik berjenama dari rasa malu dan sopan,lantaran rasa takut kepada seksaan-Nya yang teradun dari resepi Al-Quran danAs-Sunnah.
Cucilah diri dengan"SABUN ISTIGFAR"bagi menanggalkan segala daki-2 dosa dan noda untuk menyucikan lagi zahir dan batin anda.
Tutupilah rambut anda dengan"SELENDANG ISLAMI"yang pastinya akan mengelakkan kelemumur pandangan liar mata-2 yang melihat benda yang sepatutnya tidak diperlihatkan
Hiasilah kedua tangan anda dengan"GELANG TAWADHU"dan jari-2 anda dengan"CINCIN UKHUWAH"bagi menyerlahkan lagi keayuan anda.
Sapulah wajah anda dengan"AIR WUDHU"dan InsyaAllah akan bercahaya wajah di akhirat kelak..dan pastinya ia akan menjadikan anda lebih menawan!.
Sesungguhnya dunia ini tempat persinggahan sementara bagi orang-2 yang beriman,Kaum Hawa zaman ini seakan-2 memandang KECANTIKAN LUARAN adalah segala-2nya,terkadanag langsung tidak mengira yang mana HAK DAN BATIL,.
Insafi dan sedarlah wahai kaum hawa apakah TUJUAN kita dihantar kedunia ini dan sehingga detik ini sudah kah kita TUNAIKAN tanggungjawab yang diamahkan sebagai seorang HAMBA kepada ALLAH,sebagai seorang ANAK kepada IBU dan AYAH,sebagai ISTERI kepada SUAMI,sebagai IBU kepada ANAK-2 , sebagai seorang KAKAK,ADIK dan SAHABAT kepada semua dalam ertikata yang sebenarnya?.
Segala prinsip yang termaktub dalam syariat Islam akan memulangkan impak dan kesan yang terbaik buat kita samada cepat atau lambat sahaja,kerana Allah saja yang MAHA MENGETAHUI apa yang TERBAIK buat hamba-Nya.Oleh itu marilah kita bersama-2 berMUHASABAH dan menINSAFI diri,kembali kepada FITRAH INSANI kita yang sebenarnya.Inggatlah! ALLAH itu MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI kepada hamba-2Nya,yakin dan bersangka baiklah dengan ALLAH Insya ALLAH akan berjaya DUNIA dan AKHIRAT.

Ahad, 3 Mei 2009

Sekadar renungan untukmu wanita

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis ketika ia datang bersama Fatimah,lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis.Baginda menjawab,"Pada malam aku diisra'kan,aku melihat perempuan-2 yg sedang disiksa dengan berbagai siksaan.Itulah sebabnya mengapa aku menangis,kerana aku menyaksikan mereka di siksa dengan siksaan yg amat berat dan mengerikan.Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahndanya.
Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya,otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya.tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituang ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya,diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan dirinya sendiri,di bawahnya dinyalakan api neraka.
Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka,otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat permpuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata baginda Rasulullah.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa seperti itu?Maka Rasulullah menjawab,
"Wahai puteriku,adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang`mengotori' tempat tidurnya.
Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya,ia keluar rumah tanpa izin suaminya dan perempuan yang tidak mahu mandi wajib untuk menyucikan diri dari haid dan nifas.
Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang bukan muhrimnya ia bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat oleh laki-2 yang bukan muhrimnya
Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-2nya lalu dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia selalu mengerjakan solat dan membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.
Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suaminya".
Mendengar itu,Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis bersama.Oleh itu marilah kita bersama2 menjauhi apa yang dilarang dan melakukan apa yang di suruh oleh Allah semuga kita semua terhindar dari api neraka yang penuh dengan siksaan yang tidak terbayang dan tergambar oleh fikiran manusia.Hidup didunia hanyalah sementara. akhirat jua kekal abadi.