BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Rabu, 28 Oktober 2009

Qailulah Yang Tersirat








Qailulah (tidur) adalah salah satu ibadat jika kita ketahui hikmah yang terkandung di dalamnya.








Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :


"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.


Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat.
Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.

(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)









Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.

Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan
bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.


(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)


Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Sumber dari
www.iLuvislam



Isnin, 26 Oktober 2009

TUJUAN HIDUP

Manusia mampu menghindarkan dosa jika mereka memahami tujuan hidup.Segala permasaalahan yang timbul di kalangan umat Islam ialah kerana mereka tidak memahami tujuan hidup dan penciptaan dirinya.Apabila tujuan utama ini tidak di fahami atau dilupakan ibarat seseorang yang berjalan dalam kegelapan dan tanpa tujuan.

Sebenarnya tujuan utama hidup ini adalah untuk menyembah dan mengenal Allah swt dengan melakukan penyerahan diri sepenuhnya kepada-Nya.Firman-nya dalam ayat(51:56) yang bermaksud:
"Aku menciptakan jin dan manusia agar mereka mengenal-Ku dan menyembak-Ku".
Berdasarkan ayat di atas manusia tidak memiliki hak untuk menetapkan tujuan hidupnya sendiri, buktinya, ketika di lahirkan kedunia ini dan di matikan bukan mengikut kepada kemahuan mereka.

Allah swt menciptakan manusia adalah untuk melakukan pencarian untuk mencapai tingkat yang tertinggi bagi mewarnai sifat- sifat Allah swt dan melaksanakan sifat-sifat tersebut di dalam kehidupan mereka terutamanya di dalam hubungan sesama manusia.

Contoh yang paling sempurna dalam mewarnai sifat-sifat Allah swt ialah Nabi MUhammad saw sehingga Siti Aisyah ra melukiskan satu gambaran yang cukup sempurna mengenai akhlak Baginda saw dengan mengatakan"Akhlak Rasulullah saw adalah Al Quran".
Kejayaan Baginda memenuhi konsep habluminallah dan hamluminannas iaitu hubungan dengan Allah swt dan hubungan dengan sesama manusia harus di teladani oleh setiap umat Islam yang ingin keselamatan di dalam kehidupan mereka.
Salah satu cara untuk memahami tujuan hidup ialah dengan menghayati kemurahan Allah swt dalam penciptaan manusia yang penuh dengan rahmatNya dan kemurahan-Nya yang tidak terbatas. Manusia diberi anggota badan yang sempurna, udara untuk bernafas, makanan dari pelbagai sumber,air untuk minuman dan membersih diri, ahli keluarga tempat untuk berkasih sayang dan pelbagai nikmat lain yang tak terhitung.Allah swt berulang kali menjelaskan kemurahan-kemurahan-Nya dalam ayat(14:34) yang bermaksud"
"Jika kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, kamu sekali-kali tidak dapat menghitungnya".

Apabila manusia menghargai,memahami dan mensyukuri sifat kemurahan Allah swt, mereka akan menjalani kehidupan yang lebih tenang dan berkat serta akan menghormati segala kejadian dan penciptaan Allah swt.
Manusia akan melaksanakan segala perintah dan suruhan Allah swt tanpa rasa berat dan terpaksa.Hidup di dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk mencari bekalan ke negeri akhirat kelak.

Rabu, 21 Oktober 2009

KECANTIKKAN YANG HAKIKI


Memang benar Allah SWT itu cantik dan suka kepada yang cantik-cantik. Namun suruhan berhias dan bercantik-cantik itu perlu kena pada tempatnya dan betul dalam niatnya. Jangan terkeliru dengan tuntutan menutup aurat. Menutup aurat hendaklah menutup tubuh badan yang wajib ditutup, bukannya menutup kulit. Memakai tudung bukannya untuk menutup rambut, tetapi menutup kepala(kecuali muka), leher dan dilabuhkan hingga ke bawah dada.

Di dalam Al-Quran (Al-Ahzab:59) di sebutkan pakaian yang menutup aurat itu dengan nama'Jilbab'. Iaitu sejenis pakaian labuh dan lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.Justeru, pakaian yang menutup aurat harus memenuhi beberapa syarat antaranya:
  1. Pakaian yang menutupi seluruh anggota tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Inilah aurat wanita apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi.
  2. Pkaian yang menutup aurat atau 'jilbab' itu sendiri pada dasarnya bukanlah perhiasan.
  3. Kain yang di gunakan adalah daripada fabrik yang tebal dan tidak nipis atau jarang. Tujuannya untuk menghalang daripada menampakkan warna kulit dan bayangan susuk badan.
  4. Pakaian menutup aurat atau jilbab itu dari jenis yang longgar dan tidak ketat atau sempit. Tujuannya agar tidak menampakkan bentuk badan.
  5. Tidak memakai wangi-wangian hingga menusuk hidung.Berwangi hanya sekadar untuk menghilangkan bau badan.
  6. Fesyen pakaian tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan orang jahiliyah.
  7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang laki-laki.
  8. Berpakaian dengan tidak ada maksud untukmenunjuk-nunjuk, menarik perhatian atau mempamirkan kecantikkan kepada orang lain.
Apabila diperhatikan syarat-syarat di atas, jelas bahawa banyak di antara wanita yang menamakan diri sebagai wanita berjilbab, sebenarnya masih belum berjilbab.


Sebenarnya dalang di belakang kejadian di akhir zaman ini adalah iblis yang terkutuk.Jadi, iblislah yang mengajak kepada tabbaruj dan buka-bukaan aurat wanita hinggakan mereka berpakaian tetapi telanjang. Ajakan iblis ini diperkuatkan oleh musuh Islam terutamanya orang yahudi yang memainkan peranan besar mengeksploitasi kecantikkan wanita melalui media, iklan, filem dan hiburan serta pergaulan bebas.Mereka memang berpengalaman menggunakan wanita sebagai senjata untuk merosakkan umat islam.

Tempias fitnah tentang wanita ini turut terkena wanita Islam yang ingin kelihatan cantik, menawan dan memikat walaupun menutup aurat.Pakaian menutup diperagakan dengan pelbagai cara dan gaya kerana telah di salah anggap bahawa ia adalah satu perhiasan, bukan lagi sebagai perisai keselamatan. Akibat kejahilan dan terlalu mengikut kehendak nafsu maka mereka terjerumus berlebih-lebihan dalam berhias dan bercantik-cantik. Sehingga akhirnya terkeluar daripada kehendak hukum menutup aurat dan mendapat dosa.

Wahai para lelaki yang bergelar anak kepada seorang ibu, adik kepada seorang kakak,abang kepada seorang adik, suami kepada seorang isteri, ayah kepada seorang anak dan khalifah kepada seorang muslimat bangun dan sedar kanlah diri dari mimpi-mimpi indah yang dipenuhi dengar bidadari-bidadari dunia yang sementara ini.Bimbinglah kami kaum hawa agar tidak terus terjerumus ke lembah kehinaan janganlah menjadi seorang lelaki yang dayus yang hanya melihat kemungkaran berlaku di depan mata tanpa melakukan sebarang tindakan.Ingatlah Nabi SAW ada mengingatkan:
"Tiga golongan yang tidak masuk syurga selama-lamanya
  1. Lelaki dayus
  2. Perempuan yang menyerupai lelaki dan
  3. Penggemar arak."
(Riwayat Al-Tabrani)

Jumaat, 16 Oktober 2009

Tazkirah Remaja: ‘Mungkin giliran kita masih tertunda’

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

GEMPA besar berukuran 7.6 pada skala Ritcher kembali menggoncang Sumatera Barat yang berpusat di 50 Kilometer (km) di Barat Utara dari Kota Padang. Sehari sebelumnya berlaku kejadian gempa dan tsunami di Samoa iaitu pada jam 6.48 pagi waktu tempatan.

Jika diingat, di bulan Ramadan yang lalu, gempa bumi besar juga berlaku di Jawa Barat selain kejadian Tsunami di Acheh yang mengorbankan ratusan nyawa masih segar dalam ingatan kita.

Bagi kita di Malaysia, mungkin berasa sedikit 'bergoyang'. Syukur kerana gegaran itu tidak menyebabkan kejadian buruk.

Malah, ada yang agak celupar dengan berkata “Ah, Indonesia, biasalah gempa.” Na'udzubillah min zalik. Janganlah kita takbur kerana nanti lebur. Sebenarnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari kepada kita.

Yang terbaik, kita perlu memanjatkan doa semoga dapat terus menikmati kehidupan aman dan selamat. Betul ke kita selamat kalau kita masih berjauhan dengan Allah?

Mulut kita mungkin dekat dengan Allah dengan cara berzikir, beristighfar dan baca surah Yasin, tetapi jika hati dan perbuatan kita masih bercanggah dengan suruhan-Nya bermakna kita masih dalam golongan ingkar.

Secara dasarnya kita perlu menitikberatkan soal ibadat wajib yang dituntut kepada kita dan meninggalkan segala bentuk perbuatan haram seperti mengambil riba, 'free love' yang boleh diibaratkan sebagai ‘gempa rohani’ yang amat dahsyat dalam kehidupan sekarang.

Mungkin Allah belum menghukum kita dalam bentuk gempa bumi seperti di Padang atau giliran kita masih tertunda. Yang pasti, setiap kejadian itu adalah tanda kekuasaan serta peringatan kepada hamba-Nya.

Kekafiran serta murtad terbukti menjadi penyebab kepada datangnya hukuman daripada Allah. Ini tercatat dengan jelas dalam sejarah perjalanan umat manusia terdahulu.

Sudah berapa banyak kaum yang dimusnahkan Allah dalam bencana alam lantaran kekafiran mereka yang menjadi-jadi.

Kita wajib belajar daripada pengalaman sejarah lalu. Mencintai Allah dengan segala aplikasinya adalah cara terpenting bagi manusia mendekatkan diri kepada-Nya dan menghindari diri daripada perkara boleh mencelakakan.

Sesungguhnya sangat berat ujian yang dialami saudara kita yang ditimpa bencana itu. Bagi mangsa kejadian gempa bumi ini, dengarlah hadis nabi yang bermaksud:

“Syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan berperang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).

Kehidupan ini seperti sebuah dewan peperiksaan yang penuh dengan soalan yang mesti di jawab. Begitulah juga kita diuji dengan pelbagai ujian. Ada kala kita diuji dengan kesusahan dan malapetaka seperti yang dialami saudara kita di Indonesia dan kepada kita yang menyaksikan tragedi ini jangan pula lupa dan alpa dengan ujian kesenangan yang diberikan.

Kelalaian membuatkan kita menjadi derhaka. Ujian secara langsung buat kita di sini adalah apakah kita merasakan penderitaan yang mereka tanggung di sana? Apakah bentuk sumbangan kita kepada mereka?

Penyatuan jiwa antara golongan seagama ini amat penting dan ia ibarat mulut yang mengadu kesakitan ketika tangan tersepit di pintu yang turut terasa sakitnya di seluruh tubuh.

“Barang siapa tidak peduli dengan penderitaan orang beriman maka tidak termasuk golongan orang beriman”.

Selagi nafas masih berdenyut, mata masih boleh memandang, mulut masih berucap, telinga masih mendengar, kaki masih mampu berjalan, marilah kita memanjatkan kesyukuran dan di limpahan nikmat yang diberikan. Jika tidak keberatan, kita perlu sama-sama menghulurkan bantuan setakat termampu buat saudara kita yang ditimpa kesusahan.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba itu menolong saudaranya." (Riwayat Muslim).

Sumber dari hmetro jumaat 16 oktober

Marilah kita renungkan bersama apa yang di perkatakan oleh ustaz mohd zawawi yusof, ianya bukan untuk para remaja sahaja malah ia untuk segenap lapisan umur sebagai pedoman untuk kita semua di hari yang mendatang.