BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Jumaat, 31 Julai 2009

HIKMAH KEJADIAN AKAL

KEGUNAAN DAN FUNGSI AKAL

Dalam bahasa umum akal itu dipanggil 'otak', padahal sebenarnya akal itu bukan otak. Kalau akal itu otak bererti semua makhluk berkaki di dunia ini mempunyai akal. Kalau begitu semua makhluk mesti cerdik dan pintar. Tetapi nampaknya bukan semua makhluk di dunia ini cerdik dan pintar. Kepintaran dan kecerdikan ternyata hanya milik manusia. Meskipun mereka(makhluk lain) ada otak, tetapi tetap juga tidak berakal dan boleh ditipu. Mereka tidak boleh mengatasi kecerdikan manusia.

Itu menunjukkan akal itu bukan otak dan otak itu bukan akal. Akal hanya ada kepada manusia sahaja, tetapi tidak ada kepada makhluk-makhluk lain.

Otak itu hanya sebahagian daripada organ dalam tubuh sesuatu makhluk. Ia terletak di bahagian atas dalam kepala. Fungsinya ialah untuk menerima(menkaji/bertindak) ke atas sesuatu rangsangan daripada pancaindera, hati, mata, hidung, telinga dan lain-lain.

Kegunaan dan fungsi otak terbatas kepada apa yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera-pancaindera itu(manusia)sahaja. Dalam erti kata lain, otak hanya boleh menterjemahkan apa yang sudah wujud dan nyata sahaja. Tetapi tidak boleh memikirkan(makrifat) tentang sesuatu kejadian disebalik(maujud) itu.

Lain dengan akal. Kegunaan dan fungsi akal lebih luas dari itu. Akal bukan cuma boleh menerima dan memikir terhadap apa yang maujud, tetapi juga boleh menyelami apa yang belum wujud.

UNTUK MENGENAL ALLAH DAN DIRI SENDIRI

Akal boleh menjangkau ke alam-alam ghaib kerana ia mempunyai hubungan(sentuhan) langsung dengan Allah. Keadaan ini tidak berlaku kepada otak. Satu persoalan lagi kalau otak itu akal, akal itu otak, ini bermakna semua makhluk di dunia ini mempunyai tahap kedudukan, kecerdikan dan kepintaran yang sama. Ini bermakna semua isi alam ini berada dalam darjat yang sama! Tetapi hakikatnya tidak begitu, yang diakui sebagai sebaik-baik kejadian hanya manusia. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk(kejadian) yang sebaik-baiknya."(At-Tin:4)

Akal tetap akal. Dalam Al-Quran ditafsirkan akal itu sesuatu yang sangat berguna kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah, bukankah tidak sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Yang tidak lalai, melainkan orang-orang yang mempunyai (akal) fikiran,"(Az-Zumar:9)

Secara tidak langsung akal inilah yang membezakan di antara manusia dengan makhluk lain. Gunanya untuk menilai dan merenung setiap kejadian Allah, untuk dijadikan iktibar dalam kehidupan. Allah menyebut makhluk ini dijadikan untuk manusia yang mempunyai akal. Penegasan itu jelas menunjukkan darjat akal itu begitu tinggi sekali. Kedudukannya sungguh mulia, kerana ia menjadi sempadan dan batu tanda(farak) kemuliaan dan perbezaan manusia dengan makhluk.

CARA UNTUK MENAJAMKAN AKAL

Jadi di sini jelaslah kepada kita apakah akal itu? Hanya akal inilah yang membezakan kita dengan makhlik lain. Namun begitu bukan bermakna setiap manusia yang berakal itu tahu secara automatik hakikat dirinya dan kemuliannya. Jika mereka tidak mempergunakan akal dengan sebaik-baiknya, mereka juga buta dalam soal ini. Kedudukan mereka sama juga dengan taraf orang yang tidak tahu kemuliaannya. Kedudukannya sama sahaja dengan makhluk yang tidak mempunyai akal ataupun dengan orang yang ada akal tetapi tidak mengunakan akal, ataupun sama sahaja dengan orang yang hilang akal!

Sementara sejauh mana akal itu berfungsi ataupun tidak, ia bergantung terus kepada diri pemiliknya. Kalau ia berusaha menggunakannya maka akalnya akan tajam, kalau ia menyimpan,akalnya akan lembab dan berkarat.

Tajam atau tumpulnya akal itu bergantung kepada diri seseorang itu. Akal sama seperti pisau, kalau tuannya rajin mengasah, maka dia akan tajam. Kalau ia hanya disimpan dalam sarung, maka pisau itu akan tumpul dan berkarat. Tidak mustahil lama kelamaan ia(patah) rosak.

MENGHAYATI SELURUH ALAM

Untuk mengasah akal ia memerlukan"batu" seperti untuk mengasahkan(menajamkan) parang atau pisau. Adapun batu untuk mengasah akal ialah isi seluruh alam ini. Firman Allah yang bermaksud:
"Aku jadikan isi alam ini untuk diperhatikan oleh manusia. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang -orang yang berakal."(Ali Imran:190)

Kita hendaklah menghayati, memerhati, menyelidiki serta menggunakan seluruh isi alam ciptaan Tuhan ini dengan berpandukan kepada ilmu-ilmuNya untuk menajamkan akal kita.

Dengan cara demikian akal kita akan tajam, pantas dan dapat membongkar rahsia-rahsia keTuhanan dan kedirian, yang banyak membelenggu diri kita. Apabila kita sudah boleh memanafaatkan akal demikian rupa, maka berfungsilah akal kita, bergunalah akal kita untuk membantu kita mengenali diri dan makrifat dengan Allah,

Sesungguhnya akal begitu penting dan besar peranannya kepada kita dalam usaha untuk mengenali diri dan makrifat kepada Allah. Jika akal dapat dikawal dengan baik, maka bergunalah ia kepada kita. Jika tidak, maka sia-sialah Allah menganugerahkan akal kepada kita. Bila kita tidak dapat memanafaatkan akal yang berharga itu maka hidup kita tak ubah seperti makhluk lain yang memang tidak berakal.

CARA UNTUK MENYIHATKAN AKAL

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya di dalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam dia amat yakin perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatnya yang digunakan adalah berteraskan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji Hitam(Black Seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak di masuki oleh darah, padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa akhirnya dia menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang di wajibkan oleh Islam. Begitu keagungan ciptaan Allah swt.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti dan menghayati agama Islam dan seterusnya mengerjakan apa yang di perintahkan oleh Allah swt kerana setiap perintaNya terdapat banyak hikmahnya seperti yang terdapat di dalam rukun Islam itu sendiri contohnya seperti mengerjakan sembahyang .Kerana sifat fitrah kejadian memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah dan suci ini.

Di petik dari buku 110 keanehan & keajaiban ciptaan Allah oleh Hj. Hasan Muhd. Al- Khairun Al-Gozali.


Selasa, 28 Julai 2009

KEHEBATAN CINTA YANG HAKIKI

Mencintai dan dicintai adalah hal yang sungguh membahagiakan. Kehadiran cinta membuat hari-hari lebih berbunga. Melipat gandakan tenaga. Memercikkan embun-embun ketenangan pada batin. Membuat hidup terasa mempunyai makna. Cinta adalah kejujuran dan kepasrahan yang sebenar. Cinta mengarus lembut, mesra dan sangat dalam. Cinta ibarat mata air abadi yang sentiasa mengalirkan kesegaran bagi jiwa yang dahaga.Benar sekali apa yang dikatakan oleh kebanyakkan orang, cinta memang sangat indah.

Kekuatan cinta mampu membawa seseorang rasa melayang di awang-awangan. Mampu menggerakkan tangan para pujangga untuk mengukirkan syair-syair cinta. Mampu mendorong semangat seorang ayah untuk mencari rezeki sebanyak yang mungkin untuk kebahagiaan anak dan isteri tercinta. Cinta adalah fitrah kejadian manusia, malah ia menjadi ciri kesempurnaan insan.Memang, bicara tentang cinta tidak akan habisnya.

Perihal cinta-mencintai adalah sesuatu yang juga diseru oleh Nabi Rasulullah saw. Sebagaimana yang di pernah sabdanya: "Barang siapa yang tidak menyayangi orang lain, ia tidak akan disayangi."( Riwayat Bukhari).Daripada riwayat Hassan, Rasulullah SAW juga bersabda," Ummatku masuk syurga bukan kerana banyak solat dan puasa, tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."

Kemudian bagaimana pula cinta kita dengan Yang Maha Mencintai? Hakikatnya, cinta ini yang tertinggi. Cinta ini pula yang membuat cinta lain menjadi lebih bermakna dan lebih mulia. Sungguh kita tidak bertepuk sebelah tangan mengejar cinta ini. Rasa kecewa tidak pernah hadir sebab Dia selalu Maha Memberi apa yang terbaik untuk para pecintaNya. Sebab, Dia selalu bersama mereka.Sebab, Dia Maha Mendengar segala pinta. Sebab Dia adalah puncak segala cinta.Firman Allah yang bermaksud:" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanam dalam hati mereka rasa kasih sayang."(Maryam:96)

Ya Allah sesungguhnya hamba memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu. Juga cinta yang dapat mendekatkan hamba kepada cintaMu. Ya Allah jadikanlah hamba mencintaiMu dengan sepenuh hati hamba dan reda kepadaMu dalam segala usaha hamba. Ya Allah setiap yang hamba perolehi dari apa yang hamba cintai jadikanlah ia kekuatan yang Engkau redai. Setiap yang Engkau singkirkan hamba dari yang hamba cintai jadikanlah ketenangan dalam hati hamba. Ya Allah jadikanlah cinta hamba kepadaMu menguasai seluruh yang hamba cintai. Dengarlah permohonan hambaMu ini wahai yang Maha Mendengar. Amin.

Jumaat, 24 Julai 2009

USAH MENGHARAP BALASAN

Sebagai hamba-Nya, apa yang kita lakukan seharusnya adalah kerana ia merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama atau dengan kata lain, kita lakukan kebaikan itu kerana Allah mahu kita berbuat baik. Di dalam hadis Rasulullah saw juga ada di sebut bahawa manusia yang baik ialah manusia yang banyak memberi manafaat kepada manusia lain.

Bukankah apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini segala-galanya adalah daripada Allah dan ada kebaikan(hikmah) yang tersirat disebaliknya? Seandainya kita benar-benar berbuat baik kerana Allah, pasti kita boleh menerima sebarang kemungkinan dengan dada yang terbuka. Hati tidak akan kesal jika madu di balas dengan tuba. Jiwa tidak tertekan dengan kerenah orang lain. Jika kita berjaya memiliki hati yang begini,kitalah orang yang paling berbahagia di dunia ini.

Dalam menempuh cabaran hidup alaf baru yang semakin berliku ini,sangat ramai manusia yang tidak tahu berterima kasih. Bahkan di dalam Al-Quran ada di sebut, firman Allah yang bermaksud: " Sangat sedikit daripada hamba-Ku yang bersyukur."(saba:13)

Kalau kepada Allah yang banyak memberi nikmat pun bilangan yang berterima kasih(bersyukur) hanya sedikit, apalah yang di kesalkan kalau kita tidak di kenang hanya kerana budi kita yang teramat sedikit.

Carilah kebahagiaan dan ketenteraman hati dengan memberi tanpa berharap untuk menerima. Ingatlah dua pekara dan lupakan dua pekara. Ingat kebaikan orang terhadap kita dan keburukan kita terhadap orang, lupakan kebaikan kita terhadap orang dan keburukan orang terhadap kita. Berhentilah daripada mengingatkan apakah orang berterima kasih atau tidak kepada kita sebaiknya:
  • Jadilah isteri dan ibu yang berhati mulia yang hatinya bahagia dalam mengurus rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak-anak tanpa mengharap balasan kerana apa yang dilakukan itu adalah amanah.
Jadilah suami dan bapa yang sabar dan tenteram hatinya dalam mengemudikan keluarga tanpa mengharapkan balasan kerana apa yang dilakukan adalah amanah dan tanggungjawab.

Jadilah majikan dan pekerja yang bertanggungjawab tanpa mengharapkan sanjungan kerana berbuat baik sesama makhluk apatah lagi sesama manusia itu sangat dituntut oleh agama.

Jadilah manusia yang berakhlak baik tanpa mengharapkan balasan kerana akhlak baik itu dituntut agar kita memilikinya

Kalau itu berjaya dilakukan, kehidupan kita akan bersinar semula. Bukankah orang beriman itu sentiasa diuji. Apabila sudah melakukan kebaikan yang kita sendiri tidak pasti, apakah kebaikan yang dibuat itu benar-benar ikhlas atau tidak. Jasa yang dihulur, budi yang ditabur, apakah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Dengan berlakunya kejadian-kejadian yang menguji keikhlasan hati kita itu maka kita berpeluang mengukur dan bermuhasabah diri. Anak ,isteri,suami,rakan taulan, hanyalah penyebab kita diuji.

Bayangkan, betapa Allah sudah sekian banyak memberi tanpa meminta balasan apalagi bayaran walau sesen pun. Namun kita hamba-hamba-Nya sama ada yang taatkan perintah Allah atau yang derhaka, sama-sama masih diizinkan bernaung di bawah naungan rahmat-Nya,Yang Islam diberi-Nya nikmat makan, minum dan menikmati berbagai keselesaan hidup, dan yang kufur juga tetap di beri hak yang sama, Tetapi anehnya kita, mengapa tidak boleh bertolak ansur sesama manusia.

Rabu, 22 Julai 2009

GERHANA MATAHARI BERLAKU LAGI


Fenomena gerhana matahari separa akan dapat dilihat terutama di kawasan utara Semenanjung khususnya Kangar, Perlis mulai jam 8.23 pagi, hari ini 22 Julai 2009. Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam, berkata gerhana matahari separa yang sukar dilihat dengan mata kasar itu, akan berlangsung selama lebih sejam iaitu bermula 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi. "Ia hanya berlaku secara minimum, kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kerana hanya lebih kurang 17.8 peratus kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan ketika gerhana matahari separa itu berlaku di Malaysia. "Kangar kawasan terbaik di negara ini untuk mencerap gerhana matahari itu tapi itu pun jika bernasib baik dapat melihatnya menggunakan teleskop," katanya sambil menambah rakyat Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa sekali lagi pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019. - BERITA HARIAN

Ahad, 19 Julai 2009

LANGIT, BUMI, DAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

KEAJAIBAN LANGIT
Allah s.w.t. berfirman ertinya:
"Maka apakah mereka tidak m'perhatikan langit yg ada di atas mereka; bagaimana Kami m'ninggikan dan m'hiasnya, dan langit itu tidak m'punyai retak-retak sadikitpun."(Qaaf: 6)
Firman Allah s.w.t. lagi ertinya:
Allah yg m'ciptakan tujuh langit."

LANGIT DITINGGIKAN DAN BUMI DIHAMPARKAN
Ketahuilah, jika kita m'renungkan alam ini dgn fikiran kita, nescaya kita akan m'dapati bahawa ia bagaikan sebuah rumah yg di dalamnya tersedia semua yg di perlukan kerana rumah itu dilengkapi dgn perabot-perabot yg sempurna. Langit ditinggikan bagaikan atap, bumi dihamparkan bagaikan lantai, bintang-bintang b'taburan bagaikan pelita, dan permata-permata disimpan bagaikan mutiara yg terhampar. Semua itu disiapkan dan disediakan utk k'pentingan alam ini. Manusia bagaikan pemilik rumah yg dianugerahkan itu dgn segala isinya. Berbagai jenis tumbuhan disediakan utk k'perluannya dan bermacam-macam haiwan utk kepentingannya.

TINGKATAN DAN WARNA LANGIT
Allah s.w.t. telah m'cipta langit ini dan telah m'buat warnanya yg paling sesuai bagi mata utk m'mandangnya yg juga dapat m'guatkan pandangan. Seandainya langit itu berupa sinar atau cahaya yg b'warna merah kehitam-hitaman, nescaya ia akan m'nyakitkan org yg m'mandangnya. Memandang sesuatu yg berwarna hijau atau biru akan sesuai bagi mata. Ketika m'mandang langit dgn keluasannya, manusia akan m'dapatkan kenikmatan dan kesenangan, apalagi jika muncul bintang-bintangnya dan nampak cahaya bulannya.

Para raja m'buat atap-atap majlisnya dgn b'bagai ukiran dan hiasan yg m'buat org yg m'mandangnya m'dapat k'senangan dan k'gembiraan. Namun, jika org yg m'lihat itu terus-menerus m'mandangnya dan m'ulang-ulanginya, nescaya ia akan m'rasa bosan dan akan hilang perasaan senang dan gembira yg sebelum ini ia rasakan dgn m'mandangnya. Lain halnya dgn m'mandang langit dan hiasannya. Para raja ataupun orang-orang yg lebih rendah dari mereka, dapat m'rasakan k'gembiraan dgn m'mandang langit dan alam t'buka yg luas bila sebelumnya mereka gelisah kerana b'bagai sebab.

BINTANG SEBAGAI PENGIKAT DAN PETUNJUK
Langit juga m'rupakan pengikat bagi bintang-bintangnya yg m'nempel dan juga bagi bulan. Dgn gerakkannya, bintang-bintang b'jalan sehingga penduduk bumi dapat m'perolehi petunjuk dgnnya. Di langit juga t'dapat jalur-jalur yg bekas-bekasnya masih t'dapat di Barat dan Timur.

Kedap-kedip cahaya di langit adalah bintang-bintang kecil yg sangat dekat dan b'kumpul di mana org yg t'sesat dan bingung akan m'dapat petunjuk tentang arah mana sahaja sehingga ia dapat menuju ke arah itu. Itulah yg dimaksud dlm firman Alla s.w.t. ertinya:
"Demi langit yg memiliki hubuk(jalan-jalan)." (Az-Zariat:7)

Ada juga pendapat yg m'gatakan bahawa kata 'hubuk' dlm ayat t'sebut ertinya p'hiasan, jadi ia m'rupakan petunjuk-petunjuk yg jelas yg m'nunjukkan penciptanya. P'ciptaannya yg teliti dan kukuh m'nunjukkan keluasan ilmu p'buatnya, dan semua k'teraturannya m'nunjukkan k'hendak dari penciptanya. Maha Suci Allah Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui, dan Maha Berkehendak.

HIKMAH DAN MANAFAAT MEMANDANG LANGIT

Orang-orang bijaksana m'gatakan, t'dapat sepuluh manafaat dlm m'mandang langit, iaitu:
  • mengurangi kesedihan
  • mengurangi perasaan was-was
  • menghilang perasaan takut
  • mengingati Allah
  • dapat memancarkan pengagungan terhadap Allah di dalam hati
  • menghilangkan fikiran buruk
  • memberi manafaat bagi orang yang hilang semangat
  • menghibur orang yang sedang rindu
  • menyenangkan orang-orang yang mencintai, dan
  • kiblat bagi orang-orang yang berdoa.
petikan dari buku 110 keanehan & keajaiban ciptaan Allah oleh
Hj. Hassan Muhd. Al-Khairun Al-Gozali

Selasa, 14 Julai 2009

Selamat ulang tahun kelahiran


Selamat ulang tahun...semuga semakin matang, dewasa dan bercita-cita. Perjalanan yang baru bermula ini harus di isi dengan ketabahan dan kesabaran. Usia semakin meningkat seharusnya diiringi dengan peningkatan amalan, agar pinjaman usia tidaklah berlalu sia-sia.

Di dalam menuntut ilmu, untuk mencapai kejayaan memerlukan banyak pengorbanan terutamanya perasaan apabila berjauhan dengan keluarga oleh itu banyakkanlah bersabar dan bertawakal kepada Allah.

Jangan biarkan diri menjadi lemah dengan ujian ini sebaliknya jadikan ia satu medan tarbiah untuk kakak mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah swt. Insyaallah di sebalik segala ujian ini nanti pasti ada nikmat yang menanti apa yang penting sekarang, kuatkan iman, tabahkan hati menghadapi semua dugaan ini.
Doa kami semua sentiasa mengiringi pejuangan kakak di sana.Semuga kelahiran kali ini lebih bererti bagi kakak yang kini bergelar seorang siswi.

Jika kakak bersedih pandanglah ke langit, ingatlah Allah masih ada...
Jika kakak keresahan, renungilah kedasar hati, yakinlah Allah mencipta hati...
Jika kakak berputus asa, lihatlah sungai yg mengalir walau dihalang batuan keras ia tetap mengalir jua...
Jika kakak rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendirian...
Ingatlah barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga.

Ahad, 12 Julai 2009

Kemaskinikan SOLAT kita

Bila direnung-renungkan,bila difikir-fikirkan, bukan sebulan, bukan setahun kita telah mendirikan solat. Bahkan sudah belasan atau puluhan tahun. Tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap ibadah solat kita selama ini? Kebesaran dan keindahan solat hanya akan dirasai sekiranya kita menjaga, memelihara syarat, rukun serta adab-adabnya.

Firman Allah s.w.t.: "...dan orang-orang yang memelihara dan menjaga solat mereka." (Al-Mukmin:9)
Cuba kita muhasabah kembali sejauh manakah pencapaian solat kita? Bila dibuat semakan, nescaya kita dapati, bukan pergerakan batin(rukun qalbi) sahaja yang tidak kemas, malahan rukun zahir(rukun fi'li) kita pun tidak sempurna, tidak sampai ke mana. Malu sungguh kita kepada Allah yang masih saja melimpahkan rezeki dan anugerah-Nya kepada kita yang beribadah tidak setara mana.

Sebenarnya, solat kita masih solat yang lalai atau separuh lalai. Inilah hakikat solat kita.Khusyuk dan adab kita entah ke mana, bercampur-baur umpama rojak.Fiman Allah: "Neraka Wail bagi orang yang bersembahyang yang mana mereka lalai di dalam sembahyang mereka."(Al-Ma'un:4-5)

solat adalah rukun Islam kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah. Begitu agung kedudukannya di dalam Islam hingga Rasulullah s.a.w. menyebutnya sebagai tiang Islam. Permasalahan solat merupakan permasalahan yang sangat penting,terutamanya yang berkaitan dengan cara mengerjakannya, sehingga Rasulullah s.a.w. memerintahkan kaum muslimin agar mengikut cara solat beliau. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda" Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat."

Oleh itu kita harus memahami dan menghayati segala ucapan serta pergerakan kita di dalam solat.Barulah munajat kita itu benar-benar membuahkan keasyikan dan keindahan. Inilah nikmat khusyuk di dalam solat. Nikmat yang maha hebat, yang semakin lenyap di akhir zaman ini. Firman Allah: " Sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman,(yakni) mereka yang khusyuk di dalam sembahyang mereka." (Al-Mukminun:1-2)

Solat adalah amalan yang mula, yang akan di tanya di Hari Qiamat nanti dan ia juga menjadi perbezaan antara keimana dan kekafiran seseorang.Betapa besar dan pentingnya masaalah tentang solat ini sehingga Rasulullah s.a.w. sangat mengambil berat tentang cara mengerjakan solat sehinggakan beliau selalu menegur seseorang untuk mengulangi solatnya kerana tidak dilakukan dengan sempurna seperti apa yang di ajarkan olehnya.

Mudah-mudahan dengan ingatan-ingatan sebegini akan dapat membantu kita dalam mengemaskinikan ibadat-ibadat kita khasnya di dalam ibadah sembahyang. Sikap dan tabiat manusia yang sering lalai dan lupa akan membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan ibadah-ibadah kita kepada Tuhan maka apakah yang kita dapat dengan ibadah dan sembahyang yang begitu?. Sabda Rasulullah s.a.w.: " Berapa ramai orang yang mendirikan sembahyang, keuntungan yang di perolehi dari sembahyangnya itu hanyalah penat dan letih sahaja." (Riwayat Ibnu Majah)

Selasa, 7 Julai 2009

MENGAPA OH MENGAPA?




Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...

...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
________________________________________

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...

...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?
________________________________________


Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...

...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"
________________________________________

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
________________________________________

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
________________________________________

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?
________________________________________

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
________________________________________

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul K-Karim?
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!



AL-QUR’AN

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani,kesyahduan ku rasakan amat bererti,acap kali ku terdengar alunan suara insan -insan membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang digelar Hamlatul Qur’an, iaitu pendokong kitab suci. Hamlatul Qur’an, itukah aku? Terngiang- ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..
“…seharusnya bagi seorang Hamlatul Qur’an itu mengetahui … malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu’nya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia…” aku merenung sejenak, Hamlatul Qur’an… BEGITUKAH AKU??

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Qur’an yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan , mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dangan keperitan… baru ku sedar , Hamlatul Qur’an… kau luar biasa! Tatkala aku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian , kealpaan, keseronokan seperti orang- orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini…namun…Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu,di dalam dunia Hamlatul Qur’an yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti…ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani.Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Qur’an, alangkah beruntungnya dikau…!

Sahabat-sahabat Al-Qur’an, sudahkah Al-Qur’an menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi ? ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan Al-Qur’an itu teman sejati? Adakah impianmu satu ilusi dalam fantasi…yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Qur’an? Sahabatku…ingatlah,kita dipertemukan kerana Al-Qur’an,ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Qur’an,dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Qur’an. Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Qur’an yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi,agar kehadiranku di dunia dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yan Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut,dit telinga dan di hati. Lantas itu,ku pinta padaMu ya Ilahi, agar di saat-saat akhir hayat ku,alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku…… sangat rindu saat-saat mujahadah itu…..

Penyakit Hati

Tidak dapat dinafikan dalam hati setiap anak Adam itu ada penyakit hatinya yang tersendiri, salah satunya ialah penyakit takbur. Walau bagaimanapun, Islam ada cara untuk mengubatinya seperti yang pernah diberitahu kepada kita oleh Imam Al-Ghazali iaitu


Apabila bersua dengan KANAK-KANAK, anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana dia, belum mempunyai dosa berbanding diri kita.

Apabila bersua dengan ORANG TUA, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah

Apabila bersua dengan ORANG ALIM. anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila bersua dengan ORANG JAHIL, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.

Apabila bersua dengan ORANG KAFIR, katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam. Maka semua dosa yang di lakukan sebelum Islam akan di ampunkan pleh Allah S.W.T. Sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa. Banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan.

Ingatlah riya' dan takbur itu adalah perbuatan syirik kepada Allah, berusahalah kita untuk sama-sama menghindarinya, kerana jika takbur bersarang di dalam hati maka sia-sialah semua amal ibadat kita selama ini.Semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah semata-mata, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berdoa agar semua amalan kita di terima untuk di jadikan bekalan di akhirat kelak. "Ya Allah ya Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurnikanlah rahmat daripadaMu bagi kami, kerana sesungguhnya Engkau Yang Amat Mengurnia".(surah ke 3,Ali-Imran).