BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Khamis, 10 September 2009

MATLAMAT PUASA


Tujuan semua ibadat yang diperintahkan oleh Allah swt adalah untuk membentuk akhlak yang mulia bagi pelakunya. Seperti solat. ia bertujuan agar kita dapat menjauhi pekara yang keji dan mungkar. Zakat, agar kita perihatin dan turut merasa simpati kepada orang yang kurang bernasib baik. Haji dan Umrah, agar dapat membentuk sifat perpaduan, kesamaan, tolerasi, berpandangan terbuka dan lain-lain lagi.

Dalam hal ini tidak terkecuali ibadat puasa. Di antara tujuan utama puasa ialah agar ibadat tersebut dapat membentuk pelakunya menjadi manusia yang bertakwa kepada Allah. Hakikat ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah ayar 183)

Takwa menurut bahasa adalah 'memelihara diri' . Sedangkan menurut istilah agama pula takwa ialah 'Melaksanakan apa sahaja yang di suruh oleh Allah dan menjauhi apa sahaja yang di larang-Nya.

Tetapi sayangnya, mengapa puasa kita tidak memberi kesan takwa? Mengapa kita belum bertakwa padahal kita sudah berpuasa sudah sekian lama?

Mungkin puasa yang kita lakukan selama ini belum memenuhi syarat-syarat puasa sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Mungkin puasa kita selama ini belum sempurna. Hanya yang sempurna sahaja yang dapat memberi kesan takwa.

Sebahagian manusia berpuasa Ramadhan hanya sebagai ADAT bukan IBADAT. Dia berpuasa hanya ikut-ikutan orang ramai yang telah diwarisi sejak zaman silam. Mereka berpuasa kerana orang ramai berpuasa dan barangkali kalau orang ramai tidak berpuasa mungkin mereka juga tidak berpuasa. Padahal Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:
Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana dorongan imannya dan semata- mata mengharap ganjaran daripada Allah, nescaya diampuni segala dosanya masa silam (HR Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas sebenarnya yang menjadi pendorong utama kita berpuasa ialah IMAN kita bahawa Allah telah mewajibkan kita berpuasa dan kita berpuasa semata-mata kerana IHTISAB iaitu mengharap ganjaran pahala-Nya. Jika pendorong kita berpuasa hanya ADAT, bukan kerana dua faktor di atas iaitu IMAN dan IHTISAB, maka kita sebenarnya tidak layak mendapat ganjaran sebagaimana yang telah dijanjikan dalam hadis di atas.

Begitu juga dengan ibadat yang lain mesti di sempurnakan mengikut turutannya seperti yang telah di tetapkan oleh Allah swt.Sebagaimana yang terdapat di dalam rukun Islam iaitu:
  1. Menucap dua kalimah syahadah.
  2. Mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
  4. Membayar zakat( apabila sudah sampai nisab dan haulnya).
  5. Menunaikan Haji ke Baitullah bagi orang yang berkuasa.
Di bulan Ramadhan ini kita dapat lihat masjid-masjid penuh dengan orang ramai yang datang menunaikan sembahyang fardu dan sunat tarawih dimalamnya, tetapi apabila Ramadhan telah berakhir yang tinggal hanyalah iman, bilal, khatib dan beberapa jemaah yang istiqamah sahaja. Kemanakah orang -orang yang lain? Adakah urusan duniawi telah mula menguasaikita semula?.

Adakah kita sedar atau pun tidak,bahawa ada sesetengah daripada kita menyuruh anak-anak kita berpuasa sedangkan kita tidak menyuruh mereka menunaikan solat, jadi ini amat bertentangan dengan aturan yang di tetapkan oleh Allah swt. cuba kita bayangkan kejadian diri kita sendiri, jika kepala di letakkan di tengah atau di bawah bukankah ia nampak ganjil dan tidak teratur hidup ini? Begitulah hukum Allah yang telah Allah tetapkan ia bertujuan untuk kita benar-benar menjadi insan yang beriman dan bertakwa.

Semuga puasa dan ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah swt dan mendapat ganjaran setimpal di akhirat nanti serta berkesan membentuk peribadi kita sebagai seorang muslim dan muslimah yang berkualiti di dunia dan akhirat.

1 ulasan:

Razak berkata...

Salam...

Jika taqwa dan iman itu tidak sering maka begitulah keadaannya sebahagian dari umat Islam kita, taat pada satu perintah tapi meninggalkan perintah Allah yang lain...moga Allah tunjukkan hidayah kepada mereka