BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Khamis, 8 April 2010

"Di benci mertua" begitulah tajuk yang di bicarakan dalam rancangan semanis kurma terbitan tv 9 semalam.Mari kita renung dan fikirkan kenapa dan mengapa terjadinya keadaan yang sedemikian rupa sedangkan islam amat menitik beratkan hubungan silatulrahim sesama umat manusia di muka bumi ini lebih-lebih lagi didalam hubungan kekeluargaan.

Siapakah yang patut dipersalahkan dalam persoalan ini adakah salah menantu selaku orang muda atau mertua orang yang lebih tua?.Semua ini mesti kembali kepada hujung pangkalnya iaitu ajaran Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah saw. Jika kita sentiasa mempelajari dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian, Insyaallah kehidupan kita akan selalu aman dan bahagia di dunia yang sementara ini. Islam itu indah jadi indahkanlah hidup ini dengannya.

Pada pendapat saya semua masaalah ini akan selesai jika kita mempunyai ilmu kerana ilmu Allah itu begitu luas dan ia merangkumi semua pekara bukan hanya untuk menjadi seorang doktor atau guru sahaja tetapi untuk menjadi seorang menantu atau mertua juga memerlukan ilmu. Ilmu untuk menjadi seorang doktor atau guru boleh di cari di sekolah dan universiti tetapi ilmu untuk menjadi menantu dan mertua perlulah di cari dalam ajaran Islam dan kehidupan kita seharian.

Kita mesti mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang isteri yang baik bukan hanya untuk menjadi seorang doktor atau guru sahaja kerana bukan semua orang akan berjaya menjadi doktor atau guru tetapi setiap anak gadis pasti akan menjadi seorang isteri.Untuk itu,saya selalu berdoa sejak dari alam remaja lagi semuga Allah memberi seorang suami yang beriman, berakhlak mulia,pengasih dan bertanggungjawab dan juga dapat mertua yang boleh kita menumpang kasih di samping itu sentiasa berazam untuk menjadi seorang isteri yang baik kerana sebagai seorang wanita selepas berkahwin kita akan menjadi sebahagian dari keluarga suami kita.Tak salah kita sentiasa berdoa dari awal remaja kerana kita tidak tahu samaada Allah akan makbulkan doa kita cepat atau lambat.

Saya berkahwin dalam usia yang agak muda juga iaitu dalam usia 21 dan suami 25 tetapi alhamdulillah dapat mertua yang baik, darinya saya dapat belajar memasak dan sebagainya. Pada awal perkahwinan kita mesti belajar untuk mengenali hati budi mentua dan apa yang dia suka dan tidak suka kerana kita adalah ahli baru dalam keluarganya. Semasa dia sedang memasak kita hendaklah sama-sama menolongnya dan bertanya kepadanya apa makanan kesukaan suami dan sebagainya.Suami juga hendaklah berilmu untuk mendidik isteri agar sentiasa menghormati ibu dan ayahnya jika dibiar isteri akan besar kepala kerana wanita ini nafsunya lebih dari akalnya.

Di dalam kehidupan berumahtangga ini, tidak semuanya manis belaka kadang -kala juga ada pahitnya tetapi apa yang penting niat kita mestilah ikhlas untuk melakukan yang sebaiknya, mungkin Allah hendak menguji iman kita.Ingatlah, semulia-mulia manusia adalah orang yang mempunyai adab, merendah diri ketika berkedudukan tinggi dan memaafkan ketika berdaya membalas.Untuk di hargai dan di kasihi oleh suami, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan kita dengan ibu dan ayahnya dan jangan tamak untuk memiliki cintanya kerana menyintai bukan bererti memiliki sepenuhnya, memiliki bukan bermakna untuk menakluki semuanya tetapi ingatlah untuk mendapatkan cinta yang tulus dan ikhlas memerlukan pengorbanan dan kesabaran.

....barangsiapa bertakwa pada Allah,nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguhlah, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu...(At-Talaq ayat 2-3).

6 ulasan:

qaseh mas berkata...

Salam mawar
sesungguhnya hidup ini adalah pentas ujian kan.pelbagai bentuk dan cara..Allah tetap ada di sisi kita, kan..

Abd Razak berkata...

Salam..

Memahami erti hakikat kehidupan merupakan satu hakikat yang sangat luas, sangat panjang dan tiada penghujungnya. Apa yang pasti, nasib
keadaan kehidupan kita yang panjang ini hanya ditentukan oleh masa hidup kita di dunia yang sangat singkat ini.

Mohd Farid berkata...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semoga terus bahagia selama-lamanya.

saya ingin menjmput tuan blog ke laman FRC, blh jadi sahabat atau ambil apa yg bermanfaat.

www.faridrashidi.com

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...
Terimakasih Qasih mas atas ulasan yang di tinggalkan.
Allah sengaja memberi ujian kepada kita kerana Dia sentiasa mengharap agar kita selalu berdoa kepada-Nya sepertimana ada satu hadis Qudsi
Allah berfirman" Wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu"

sekuntum mawar berduri berkata...

Salam...

Terimakasih Razak kerana selalu meninggalkan ulasan yang bermanfaat untuk renungan bersama.
Masa di sini menentukan masa di sana itulah hakikat kehidupan ini.

sekuntum mawar berduri berkata...

Salam ukhawah...

Terimakasih atas doa yang di beri semuga Allah perkenankan.
Insyaallah.