BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Rabu, 22 Julai 2009

GERHANA MATAHARI BERLAKU LAGI


Fenomena gerhana matahari separa akan dapat dilihat terutama di kawasan utara Semenanjung khususnya Kangar, Perlis mulai jam 8.23 pagi, hari ini 22 Julai 2009. Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam, berkata gerhana matahari separa yang sukar dilihat dengan mata kasar itu, akan berlangsung selama lebih sejam iaitu bermula 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi. "Ia hanya berlaku secara minimum, kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kerana hanya lebih kurang 17.8 peratus kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan ketika gerhana matahari separa itu berlaku di Malaysia. "Kangar kawasan terbaik di negara ini untuk mencerap gerhana matahari itu tapi itu pun jika bernasib baik dapat melihatnya menggunakan teleskop," katanya sambil menambah rakyat Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa sekali lagi pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019. - BERITA HARIAN

4 ulasan:

shaniza berkata...

salam..
Pagi tadi tak dapat tengok pun sebab cuaca tak berapa mengizinkan dan lokasi tempat saya berada pun tak strategik...hu..hu..

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...
tak apalah jangan sedih, tenguk yang di dalam blog ni pun bolehlah kalau ada rezeki lain kali dapatlah tenguk, Insyaallah.

Aidil Fadzil berkata...

salam...cuacanya lain macam aje(PChepa)...nak kata mendung tak juga. Nak kata nak hujan tak juga. Tak dapatlah nak melihatnya. Tetiba je rasa gerun. Semuanya mungkin terjadi.MasyaAllah.

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...
Maha suci Allah yg m'cipta alam semesta ini, hanya Dia yg m'getahui apa yg bakal t'jadi sebagai hambanya kita harus m'perbanyakkan amal ibadat sebagai p'siapan untuk m'hadapi segala kemungkinan itu.