BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Jumaat, 24 Julai 2009

USAH MENGHARAP BALASAN

Sebagai hamba-Nya, apa yang kita lakukan seharusnya adalah kerana ia merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama atau dengan kata lain, kita lakukan kebaikan itu kerana Allah mahu kita berbuat baik. Di dalam hadis Rasulullah saw juga ada di sebut bahawa manusia yang baik ialah manusia yang banyak memberi manafaat kepada manusia lain.

Bukankah apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini segala-galanya adalah daripada Allah dan ada kebaikan(hikmah) yang tersirat disebaliknya? Seandainya kita benar-benar berbuat baik kerana Allah, pasti kita boleh menerima sebarang kemungkinan dengan dada yang terbuka. Hati tidak akan kesal jika madu di balas dengan tuba. Jiwa tidak tertekan dengan kerenah orang lain. Jika kita berjaya memiliki hati yang begini,kitalah orang yang paling berbahagia di dunia ini.

Dalam menempuh cabaran hidup alaf baru yang semakin berliku ini,sangat ramai manusia yang tidak tahu berterima kasih. Bahkan di dalam Al-Quran ada di sebut, firman Allah yang bermaksud: " Sangat sedikit daripada hamba-Ku yang bersyukur."(saba:13)

Kalau kepada Allah yang banyak memberi nikmat pun bilangan yang berterima kasih(bersyukur) hanya sedikit, apalah yang di kesalkan kalau kita tidak di kenang hanya kerana budi kita yang teramat sedikit.

Carilah kebahagiaan dan ketenteraman hati dengan memberi tanpa berharap untuk menerima. Ingatlah dua pekara dan lupakan dua pekara. Ingat kebaikan orang terhadap kita dan keburukan kita terhadap orang, lupakan kebaikan kita terhadap orang dan keburukan orang terhadap kita. Berhentilah daripada mengingatkan apakah orang berterima kasih atau tidak kepada kita sebaiknya:
  • Jadilah isteri dan ibu yang berhati mulia yang hatinya bahagia dalam mengurus rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak-anak tanpa mengharap balasan kerana apa yang dilakukan itu adalah amanah.
Jadilah suami dan bapa yang sabar dan tenteram hatinya dalam mengemudikan keluarga tanpa mengharapkan balasan kerana apa yang dilakukan adalah amanah dan tanggungjawab.

Jadilah majikan dan pekerja yang bertanggungjawab tanpa mengharapkan sanjungan kerana berbuat baik sesama makhluk apatah lagi sesama manusia itu sangat dituntut oleh agama.

Jadilah manusia yang berakhlak baik tanpa mengharapkan balasan kerana akhlak baik itu dituntut agar kita memilikinya

Kalau itu berjaya dilakukan, kehidupan kita akan bersinar semula. Bukankah orang beriman itu sentiasa diuji. Apabila sudah melakukan kebaikan yang kita sendiri tidak pasti, apakah kebaikan yang dibuat itu benar-benar ikhlas atau tidak. Jasa yang dihulur, budi yang ditabur, apakah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Dengan berlakunya kejadian-kejadian yang menguji keikhlasan hati kita itu maka kita berpeluang mengukur dan bermuhasabah diri. Anak ,isteri,suami,rakan taulan, hanyalah penyebab kita diuji.

Bayangkan, betapa Allah sudah sekian banyak memberi tanpa meminta balasan apalagi bayaran walau sesen pun. Namun kita hamba-hamba-Nya sama ada yang taatkan perintah Allah atau yang derhaka, sama-sama masih diizinkan bernaung di bawah naungan rahmat-Nya,Yang Islam diberi-Nya nikmat makan, minum dan menikmati berbagai keselesaan hidup, dan yang kufur juga tetap di beri hak yang sama, Tetapi anehnya kita, mengapa tidak boleh bertolak ansur sesama manusia.

4 ulasan:

AL RIDZUAN BAKERY AND CATERING SERVICES berkata...

Saya setuju.

Cuma kadang kala, kita akan lebih mementingkan diri kita berbanding orang lain.

Mungkin terdetik dalam hati, kalau kita melapangkan kesulitan orang lain, siapa pula akan memenuhi keperluan kita kelak?

Pastinya kita cuma ada Allah, cukuplah hanya kepadaNya kita berserah.

GURU_CIKGU berkata...

Kekadang kita mengharapkan balasan di bumi yang nyata, sedangkan imbalan di sana nanti lebih bermakna

anak laut berkata...

salam..

entri ini sangat memberikan keinsafan pada saya..terima ksih banyak..

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...
terima ksih pd AR kerana sudi singgah di blog ini semuga Allah m'beri rahmat dan hidayahNya pd kita.

salam...
terima ksih...GURU_CIKGU kerana sudi singgah di blog ini,m'manglah begitu tabiat manusia kalau hidup tidak m'dekatkan diri dgn Allah swt.

salam... terimakasih AL entri ini sebagai p'ingatan utk diri saya dan juga sahabat2 semua.