BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Ahad, 12 Julai 2009

Kemaskinikan SOLAT kita

Bila direnung-renungkan,bila difikir-fikirkan, bukan sebulan, bukan setahun kita telah mendirikan solat. Bahkan sudah belasan atau puluhan tahun. Tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap ibadah solat kita selama ini? Kebesaran dan keindahan solat hanya akan dirasai sekiranya kita menjaga, memelihara syarat, rukun serta adab-adabnya.

Firman Allah s.w.t.: "...dan orang-orang yang memelihara dan menjaga solat mereka." (Al-Mukmin:9)
Cuba kita muhasabah kembali sejauh manakah pencapaian solat kita? Bila dibuat semakan, nescaya kita dapati, bukan pergerakan batin(rukun qalbi) sahaja yang tidak kemas, malahan rukun zahir(rukun fi'li) kita pun tidak sempurna, tidak sampai ke mana. Malu sungguh kita kepada Allah yang masih saja melimpahkan rezeki dan anugerah-Nya kepada kita yang beribadah tidak setara mana.

Sebenarnya, solat kita masih solat yang lalai atau separuh lalai. Inilah hakikat solat kita.Khusyuk dan adab kita entah ke mana, bercampur-baur umpama rojak.Fiman Allah: "Neraka Wail bagi orang yang bersembahyang yang mana mereka lalai di dalam sembahyang mereka."(Al-Ma'un:4-5)

solat adalah rukun Islam kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah. Begitu agung kedudukannya di dalam Islam hingga Rasulullah s.a.w. menyebutnya sebagai tiang Islam. Permasalahan solat merupakan permasalahan yang sangat penting,terutamanya yang berkaitan dengan cara mengerjakannya, sehingga Rasulullah s.a.w. memerintahkan kaum muslimin agar mengikut cara solat beliau. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda" Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat."

Oleh itu kita harus memahami dan menghayati segala ucapan serta pergerakan kita di dalam solat.Barulah munajat kita itu benar-benar membuahkan keasyikan dan keindahan. Inilah nikmat khusyuk di dalam solat. Nikmat yang maha hebat, yang semakin lenyap di akhir zaman ini. Firman Allah: " Sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman,(yakni) mereka yang khusyuk di dalam sembahyang mereka." (Al-Mukminun:1-2)

Solat adalah amalan yang mula, yang akan di tanya di Hari Qiamat nanti dan ia juga menjadi perbezaan antara keimana dan kekafiran seseorang.Betapa besar dan pentingnya masaalah tentang solat ini sehingga Rasulullah s.a.w. sangat mengambil berat tentang cara mengerjakan solat sehinggakan beliau selalu menegur seseorang untuk mengulangi solatnya kerana tidak dilakukan dengan sempurna seperti apa yang di ajarkan olehnya.

Mudah-mudahan dengan ingatan-ingatan sebegini akan dapat membantu kita dalam mengemaskinikan ibadat-ibadat kita khasnya di dalam ibadah sembahyang. Sikap dan tabiat manusia yang sering lalai dan lupa akan membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan ibadah-ibadah kita kepada Tuhan maka apakah yang kita dapat dengan ibadah dan sembahyang yang begitu?. Sabda Rasulullah s.a.w.: " Berapa ramai orang yang mendirikan sembahyang, keuntungan yang di perolehi dari sembahyangnya itu hanyalah penat dan letih sahaja." (Riwayat Ibnu Majah)

2 ulasan:

shaniza berkata...

Salam..
Syaitan tidak akan jemu untuk memesong dan melalaikan manusia. Tidakkah dia pernah berjanji pada Allah akan menyesatkan sebanyak mungkin anak cucu Nabi Adam As..

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...
marilah kita berdoa agar Allah sentiasa membimbing kita ke jalan kebenaran.