BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengunjung

Jumaat, 31 Julai 2009

HIKMAH KEJADIAN AKAL

KEGUNAAN DAN FUNGSI AKAL

Dalam bahasa umum akal itu dipanggil 'otak', padahal sebenarnya akal itu bukan otak. Kalau akal itu otak bererti semua makhluk berkaki di dunia ini mempunyai akal. Kalau begitu semua makhluk mesti cerdik dan pintar. Tetapi nampaknya bukan semua makhluk di dunia ini cerdik dan pintar. Kepintaran dan kecerdikan ternyata hanya milik manusia. Meskipun mereka(makhluk lain) ada otak, tetapi tetap juga tidak berakal dan boleh ditipu. Mereka tidak boleh mengatasi kecerdikan manusia.

Itu menunjukkan akal itu bukan otak dan otak itu bukan akal. Akal hanya ada kepada manusia sahaja, tetapi tidak ada kepada makhluk-makhluk lain.

Otak itu hanya sebahagian daripada organ dalam tubuh sesuatu makhluk. Ia terletak di bahagian atas dalam kepala. Fungsinya ialah untuk menerima(menkaji/bertindak) ke atas sesuatu rangsangan daripada pancaindera, hati, mata, hidung, telinga dan lain-lain.

Kegunaan dan fungsi otak terbatas kepada apa yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera-pancaindera itu(manusia)sahaja. Dalam erti kata lain, otak hanya boleh menterjemahkan apa yang sudah wujud dan nyata sahaja. Tetapi tidak boleh memikirkan(makrifat) tentang sesuatu kejadian disebalik(maujud) itu.

Lain dengan akal. Kegunaan dan fungsi akal lebih luas dari itu. Akal bukan cuma boleh menerima dan memikir terhadap apa yang maujud, tetapi juga boleh menyelami apa yang belum wujud.

UNTUK MENGENAL ALLAH DAN DIRI SENDIRI

Akal boleh menjangkau ke alam-alam ghaib kerana ia mempunyai hubungan(sentuhan) langsung dengan Allah. Keadaan ini tidak berlaku kepada otak. Satu persoalan lagi kalau otak itu akal, akal itu otak, ini bermakna semua makhluk di dunia ini mempunyai tahap kedudukan, kecerdikan dan kepintaran yang sama. Ini bermakna semua isi alam ini berada dalam darjat yang sama! Tetapi hakikatnya tidak begitu, yang diakui sebagai sebaik-baik kejadian hanya manusia. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk(kejadian) yang sebaik-baiknya."(At-Tin:4)

Akal tetap akal. Dalam Al-Quran ditafsirkan akal itu sesuatu yang sangat berguna kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah, bukankah tidak sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Yang tidak lalai, melainkan orang-orang yang mempunyai (akal) fikiran,"(Az-Zumar:9)

Secara tidak langsung akal inilah yang membezakan di antara manusia dengan makhluk lain. Gunanya untuk menilai dan merenung setiap kejadian Allah, untuk dijadikan iktibar dalam kehidupan. Allah menyebut makhluk ini dijadikan untuk manusia yang mempunyai akal. Penegasan itu jelas menunjukkan darjat akal itu begitu tinggi sekali. Kedudukannya sungguh mulia, kerana ia menjadi sempadan dan batu tanda(farak) kemuliaan dan perbezaan manusia dengan makhluk.

CARA UNTUK MENAJAMKAN AKAL

Jadi di sini jelaslah kepada kita apakah akal itu? Hanya akal inilah yang membezakan kita dengan makhlik lain. Namun begitu bukan bermakna setiap manusia yang berakal itu tahu secara automatik hakikat dirinya dan kemuliannya. Jika mereka tidak mempergunakan akal dengan sebaik-baiknya, mereka juga buta dalam soal ini. Kedudukan mereka sama juga dengan taraf orang yang tidak tahu kemuliaannya. Kedudukannya sama sahaja dengan makhluk yang tidak mempunyai akal ataupun dengan orang yang ada akal tetapi tidak mengunakan akal, ataupun sama sahaja dengan orang yang hilang akal!

Sementara sejauh mana akal itu berfungsi ataupun tidak, ia bergantung terus kepada diri pemiliknya. Kalau ia berusaha menggunakannya maka akalnya akan tajam, kalau ia menyimpan,akalnya akan lembab dan berkarat.

Tajam atau tumpulnya akal itu bergantung kepada diri seseorang itu. Akal sama seperti pisau, kalau tuannya rajin mengasah, maka dia akan tajam. Kalau ia hanya disimpan dalam sarung, maka pisau itu akan tumpul dan berkarat. Tidak mustahil lama kelamaan ia(patah) rosak.

MENGHAYATI SELURUH ALAM

Untuk mengasah akal ia memerlukan"batu" seperti untuk mengasahkan(menajamkan) parang atau pisau. Adapun batu untuk mengasah akal ialah isi seluruh alam ini. Firman Allah yang bermaksud:
"Aku jadikan isi alam ini untuk diperhatikan oleh manusia. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang -orang yang berakal."(Ali Imran:190)

Kita hendaklah menghayati, memerhati, menyelidiki serta menggunakan seluruh isi alam ciptaan Tuhan ini dengan berpandukan kepada ilmu-ilmuNya untuk menajamkan akal kita.

Dengan cara demikian akal kita akan tajam, pantas dan dapat membongkar rahsia-rahsia keTuhanan dan kedirian, yang banyak membelenggu diri kita. Apabila kita sudah boleh memanafaatkan akal demikian rupa, maka berfungsilah akal kita, bergunalah akal kita untuk membantu kita mengenali diri dan makrifat dengan Allah,

Sesungguhnya akal begitu penting dan besar peranannya kepada kita dalam usaha untuk mengenali diri dan makrifat kepada Allah. Jika akal dapat dikawal dengan baik, maka bergunalah ia kepada kita. Jika tidak, maka sia-sialah Allah menganugerahkan akal kepada kita. Bila kita tidak dapat memanafaatkan akal yang berharga itu maka hidup kita tak ubah seperti makhluk lain yang memang tidak berakal.

CARA UNTUK MENYIHATKAN AKAL

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya di dalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam dia amat yakin perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatnya yang digunakan adalah berteraskan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji Hitam(Black Seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak di masuki oleh darah, padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa akhirnya dia menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang di wajibkan oleh Islam. Begitu keagungan ciptaan Allah swt.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti dan menghayati agama Islam dan seterusnya mengerjakan apa yang di perintahkan oleh Allah swt kerana setiap perintaNya terdapat banyak hikmahnya seperti yang terdapat di dalam rukun Islam itu sendiri contohnya seperti mengerjakan sembahyang .Kerana sifat fitrah kejadian memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah dan suci ini.

Di petik dari buku 110 keanehan & keajaiban ciptaan Allah oleh Hj. Hasan Muhd. Al- Khairun Al-Gozali.


3 ulasan:

shaniza berkata...

salam..
Fikir pelita hati pasti ketemu rahsia Ilahi.. InsyaAllah.

Riezal berkata...

Suka baca blog ni banyak memberi manfaat. Thanx for sharing.. salam ziarah

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...
terimakasih shaniza sudi singgah...pemikiran m'bentuk peribadi.

salam...
terimakasih Riezal sudi singgah.... sama2lah kita b'kongsi ilmu Allah yg maha luas ini,setitik kita jadikan laut, sekepal kita jadikan gunung.